Pelakon popular dari Thailand, Sunny Suwanmethanont mengakui dia terkejut saat dikhabarkan dirinya popular di negara ini.

MH bertemu dengannya pada sesi Sidang Media Filem Brother Of Year, tengah hari tadi, lalu meminta komennya mengenai populariti yang dikecapi di Malaysia.

“Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di Malaysia.

“Saya tak pernah ke sini dan tak tahu bagaimana penerimaan orang Malaysia kepada saya.

“Saya popular ke?” soalnya.

Sunny Suwanmethanont Tak Tahu Diri Popular Di Malaysia!

IKLAN

Sunny ke Malaysia bagi mempromosikan filem terbarunya, Brother Of The Year di samping Nichkhun (2PM) dan Urassaya Sperbund di Malaysia.

MH difahamkan kutipan filem itu di Thailand menjangkaui kutipan filem ‘Bad Genius’ di negara tersebut.

IKLAN

Dalam pada itu, Sunny juga menerima pujian daripada ‘co-star’nya.

IKLAN

“Dia seorang yang sangat sweet da sering buat orang ketawa dia set,” kata Yaya.

“Dia sangat komited dengan kerjanya dan Sunny jarang pegang skrip sebab dia dah betul-betul menjiwai wataknya,”kata Nichkhun. 

Sunny Suwanmethanont Tak Tahu Diri Popular Di Malaysia!

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI