Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat menyatakan rasa rindu terhadap dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.
Luahan tersebut dikongsikan usahawan yang pernah menghasilkan single, Makhluk Penggoda itu menerusi satu entri di Insta Stories, pagi tadi.
Pada masa sama, Sajat turut akui hari-hari menangis mengenangkan dua permata hatinya itu.
“Aku rindu betul anak-anaku. Sumpah aku rindu. Hari-hari aku menangis. Kenapalah jadi macam ini,” tulisnya yang disertakan dengan emoji tangisan.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenai soal penjagaan dua kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu, selepas penjaganya terpalit kontroversi kebelakangan ini.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Sajat sekitar bulan Februari selepas dia dikatakan gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sejak itu Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.
Foto: Instagram Sajat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Naper Tertengok Posting Ni Yer? Pastu Rasa…,”- Remy Ishak Putus Tunang, DSV Cuba ‘Masuk Line’?
Menerusi temu bual bersama MH, aktor Remy Ishak yang dikhabarkan hubungan bersama tunangnya, Ezza Yusof telah berakhir.
Malah, sedutan temu bual berkenaan turut dimuat naik menerusi posting kami.
“Remy Ishak mengaku terpaksa melepaskan kerana tidak mampu untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya #MHnews #Mediahiburan”
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Apa yang lucunnya, ruangan komen pada video tersebut telah dibalas oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau sinonim dengan panggilan DSV.
“Naper tertengok posting ni yer.?Tiberrr….pastu rasa mmmm…DSV kalau??”tulisnya.
Lantas, kata-kata yang ditulis oleh DSV atau nama sebenar Hasmiza Othman telah menjadi perhatian netizen kerana berasa kelakar dan terhibur setelah membaca komen tersebut.
Alahai, macam-macam gelagat DSV yang menghiburkan netizen. Kalau dah jodoh, tak kemana-mana. Mana tahu jodoh Remy Ishak mungkin bersama dengan DSV?
Video : Instagram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah! John Cena Sertai Fast 9, Tiada Lagi Kelibat The Rock?
Bagai menghentikan khabar angin, bintang gusti hiburan WWE, John Cena akhirnya mengesahkan penglibatannya menerusi siri francais Fast Furious, Fast 9.
Perkongsian tersebut dibuat bintang berusia 42 tahun ini menerusi salah satu status di Twitter miliknya, baru-baru ini.
Tulisnya, dia terharu kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada famili siri francais berkenaan.
For nearly 20 years, the Fast Franchise has entertained fans and created some of the biggest cinematic moments in history. It’s an incredible honor to join this franchise and this family. https://t.co/7GFzDsX8sl
— John Cena (@JohnCena) June 7, 2019
“Dalam tempoh 20 tahun ini, francais Fast & Furious telah pun menghiburkan para peminatnya dan mencipta momen filem terbesar dalam sejarah.
“Setinggi-tinggi penghargaan untuk saya menyertai francais dan menjadi sebahagian dari famili filem ini,” tulisnya.
Lalu, pendedahan tersebut dihujani dengan pelbagai komen dari peminat bintang gusti itu.
Difahamkan juga, The Rock atau sinonim dengan nama pentasnya, Dwayne Johnson tidak lagi terlibat di dalam siri terkini filem tersebut.
Selain Cena, barisan pelakon lain yang membintangi filem tersebut termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Lex Elle dan ramai lagi.
Filem aksi terhebat ini dijangka bakal menemui para peminatnya di seluruh dunia pada Mei tahun hadapan.
Foto: Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Aku Antara Followers Berjuta Yang Sering Doakan Dia,”- Kagumi Heliza Helmi, Mila Doa Persahabatan Sampai Syurga
Persahabatan yang ikhlas dan suci adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan sahabatnya yang lain.
Begitulah hubungan yang terjalin antara kedua-dua bekas penyanyi, Mila Jirin dan Nur Heliza Helmi.
Malah, bekas juara Akademi Fantasia-5 ini berasa kagum melihat perjuangan Heliza yang sentiasa terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan.
“Aku antara yang KAGUM melihat perjuangan beliau didalam misi kemanusiaan… Aku antara berjuta followers beliau yang sering mendoakan agar Allah jaga dan lindungi beliau sepanjang Misi.
“Rasa KAGUM lagi pada bidadari syurga ini, tatkala menerima kiriman doa semasa berada di tanah suci Makkah Awal tahun lalu, Masya Allah.
“Heliza, mu cantik luar dan dalam…. Mu selalu whatsapp cakap “Tarik aku jika tak nampak aku di Syurga…” Ku pun nak cakap perkara yang sama “Tarik Aku jika tak nampak aku di syurga” ….. Persahabatan #lillahitaala,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on
Menerusi ruangan komen, rata-rata gembira melihat keakraban kedua-dua sahabat ini.
Terdahulu, Heliza sering berulang-alik ke hospital menzirahi Mila ketika ditahan diwad akibat tekanan darah rendah pada April lalu.
Foto : Instagram Mila Jirin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI