Berkongsi Igtv di laman Instagram, Mawar Rashid berkongsi pengumuman istimewa untuk peminat. Jelas Mawar dia bakal berkongsi tips kecantikan setiap hari Jumaat bersama pengikut di laman sosialnya.
Namun apa yang menarik perhatian adalah setiap butir lograt Kelantan yang keluar daripada mulutnya.
“Pengumuman ke-2 terpenting❗
Patut memang Mawar nak post first Mawar Sharing Friday video malam ni, tapi I think tak sempat today, sebab nak edit dulu video tu. So stay tune! Follow @mawar.nakbantu and subscribe youtube Mawar kat link bio,” tulisnya.
Bekas pelakon dan kini menceburkan diri dalam politik, Dira Abu Zahar ada memuat naik sekeping foto mesra bersama anaknya di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Foto mersa yang dirakam itu kini mendapat hampir 4,000 tanda suka.
“You’re almost there girl. Sikit lagi. Mommy tunggu.Sampai bila- bila. .Kita je k. Dgn Waris.
“Ps: anggun is guessing mommy got bf or not. #singlemother.#anakdira.#anggunrokit#dirawerkid.,” tulisnya.
Bagaimanapun, perkongsian pelakon beusia 35 tahun itu mendapat kritikan daripada seorang individu.
Akaun tersebut mempersoalkan warna kulit anaknya yang kelihatan sedikit gelap berbanding dengan Dira.
“anak hitam mak puteh…cocok vitamin c la tu,” tulisnya.
Bagaimanapun, rata-rata peminat berasa tak senang dengan respon yang ditulis oleh individu berkenaan.
Terdahulu, Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar pernah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Tengku Anggun Deandra. Namun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2010.
Selepas itu, Dira telah mendirikan rumahtangga bersama jurukamera, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada tahun 2013. Bagaimanapun, perkahwinan Dira sekali lagi gagal dan mereka bercerai pada tahun 2016.
Foto: Instagram Dira Abu Zahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak hanya sekadar berkebolehan menyanyi, namun Ernie Zakri kini cuba menonjolkan dirinya dalam bidang lakonan menerusi Suri Katrina arahan Pali Yahya.
Memegang watak sebagai Suri yang merupakan seorang gadis psiko, Erni akui watak tersebut sangat sukar dibawa.
“Pada awalnya saya terima tawaran ini kerana ia ada sembilan episod sahaja, jadi saya terima sajalah.
“Saya jangkakan watak ini ringan tapi tak sangka ia sesuatu yang berat,” katanya kepada MH.
Popular dengan lagu Ku Bersuara, Ernie akui bahawa berlakon merupakan perkara sukar untuk digalas.
“Berlakon adalah perkara paling sukar kerana mereka (pihak produksi) mengarahkan saya menagis untuk menjiwai watak ini.
“Sekali gus, ia memberikan kesan sedikit sebanyak dalam tekanan dalam diri saya dan berani saya katakan bahawa ini lakonan terakhir untuk tahun ini,” kongsinya.
Ernie,27, ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini bagaimanapun tetap positif untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk pertama kali.
“Saya kena tetapkan komitmen untuk menjayakan watak ini selama sebulan, walaupun hanya sembilan episod (Erni jayakan) daripada 49 episod di kaca TV.
“Sangat sukar bagi saya pada mulanya, tetapi saya perlahan-lahan menjiwai bidang lakonan khususnya memeganb watak psiko sebegini,” jelasnya yang bergandingan bersama pelakon Hasnol Rahmat,Ummi Nazeera dan Zul Huzaimy.
Tetap dengan pendirian sebagai seorang penyanyi, Erni lebih tenang dan gembira ke arah sedemikian.
“Apabila bangun pagi,orang suruh saya menyanyi, saya boleh lakukan dengan gembira.
“Tetapi kalau berlakon saya akan menagis di bucu katil,” selorohnya.
Drama tersebut bakal disiarkan bermula 30 Oktober ini di Astro Prima (105).
Dalam perkembangan lain, Ernie bakal bergandingan dengan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi konsert Karya Agung PakNgah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) Bersama Orketra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Turut sama menjayakan konsert tersebut seperti Syamel, Asmidar dan Rojer.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Raf Yaakob ada berkongsi keratan video pendek menunjukkan anak sulungnya, Raden Rayyan sedang menangis dan sering kali menyebut ‘I miss Mommy’.
Walaupun dibawa berhibur namun nama ‘mommy’ tetap meniti di bibir kanak-kanak ini diselangi tangisan kerinduan.
Jelas Raf, keadaan ini membuatkan lidahnya kelu untuk berkata-kata dan nyata Mawar dan Rayyan telah membina satu hubungan istimewa yang tidak mampu dijual beli.
“3 incidents yang betul2 buat lidah Raf kelu tak terkata. This is my son @radenrayyanraf. Dia punya bond with Mommy dia @mawarashid is something very unique and special.
“First of all, Rayyan ni memang sweet habis. Kadang2 out of nowhere, dia akan message Mommy dia cakap I miss you and I love you. Semalam dia lukis I love you lepas tu dia imessage Mommy dia,”
“Sampai Mawar ingat Raf yang send. Raf cakap no, not me! Raf tanya balik Rayyan why you send to her? Rayyan said, “because I love her”.
“Today pulak awal pagi Mawar dah ke Fraser Hill. Shooting sampai Sabtu. Tengah hari tadi Rayyan nangis rindu Mommy dia.
Raf pun bawak lah dia and Raysaa pergi tengok movie cite Maleficent. Konon nak happy kan dia. Dalam movie pun dia monyok je. Lepas movie, nangis lagi cakap rindu Mawar. Luluh habis hati Raf. Speechless. You’re one in a million Rayyan. Papa love you so much. Itu baru Rayyan yang rindu Mommy dia. Don’t ask me,” jelasnya di entri terbaru.
Perkongsian ini mendapat perhatian Mawar yang nyata turut tersentuh dengan emosi yang ditunjukkan anaknya.
“I’m crying.. memang Rayyan anak yang baik. Selalu tersentuh ngan kebaikan dieee,” komennya.
Netizen turut sama memberikan reaksi dan menyifatkan Mawar sebagai ibu yang cukup penyayang.
Sekadar info, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak, Raden Mohammed Rafael, tujuh bulan.
Raden Ahmad Rayyan, 8 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4 merupakan anak Raf hasil perkahwinan dahulu.
Foto : Instagram Raf Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...