Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik, Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Selepas itu, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mengisahkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang mahu mengejar cita-cita dan impian, filem Tentang Bulan pastinya menjadi memori dalam ingatan ramai.
Gamit memori, filem berkenaan dilancarkan lebih 13 tahun lalu.
Terbaru, kedua-dua bintang yang membawa watak Shahila lakonan Fatin Afeefa dan Bulat lakonan Nik Adruce mencuri perhatian ramai apabila mereka bergambar bersama.
“Shahila and Abu (bulat). 13 years later, guys! Hi @nikadruce! picture taken by his wife.
” (YES, WIFE!!!!! i swear im still in awe. She’s gorgeous!) edited: please do not harass his wife guys,” tulis Fatin yang memuat naik foto bersama Adruce.
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan itu dia memberi nasihat kepada netizen untuk berkata tidak terhadap pengunaan beg plastik demi menjaga alam sekitar.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya juga cukup ‘makan dalam’.
“Ada orang suka kumpul PLASTIC buat PLASTIC SAMPAH.
“Ada orang suka kumpul KAWAN PLASTIC. Korang yang mana?
“Sis – Say NO to PLASTIC!! #saynotoplastic #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Tular di media sosial awal tahun ini, apabila video gadis manja yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik dengan kekasihnya.
Bagaimanapun, hubungan mereka terputus beberapa bulan kemudian dan memilih haluan masing-masing.
Hari terus berganti dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Muhd Aiman Amar sudah menemui penganti dalam hidupnya dan kini sudah bergelar suami kepada Nur Fazwa Atasha baru-baru ini.
“25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri,” tulisnya ringkas.
Mungkin kerana terlalu gementar, Aiman telah tersasul ketika melafazkan akad.
“Aku terima nikahnya Nur Fazwa Atasha dengan mas kahwinnya Rm3.00,” lafaznya disusuli dengan gelak tawa tetamu yang hadir.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melafazkan akadnya dengan sempurna dengan mas kahwin bernilai RM300.
Sementara itu, Atasha yang memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram turut berkongsi momen indahnya bergelar isteri.
“Assalamualaikum suamiku Alhamdulillah tak disangka perkenalan cuma dari reaction igstory setahun yang lepas tanpa sengaja pejam celik awak dah sah menjadi suami saya 😅
“Dari tak suka boleh tersuka. Sebab tu orang tua tua dulu pesan. Jangan menyampah sangat. Nanti tersuka tanpa sengaja hihi. Okay saya tarik balik kata kata saya dulu ye encik suami,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...