“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua design habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes.”

Demikian kata pengusaha pakaian jenama berkenaan, Datin Hamizan Puteh atau selesa disapa sebagai Datin Ezan terhadap bisnes yang diusakannya, ketika ini.

Sejak dilancarkan awal bulan lalu, tiada siapa yang menyangka jenama ini bakal mendapat sambutan secepat ini.

Baginya, perkara tersebut amat mengejutkan, memandangkan dirinya baru sahaja berjinak-jinak dalam bisnes pakaian. Ia juga membuktikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

IKLAN

Sudahlah Bisnes Baju ‘Laku Keras’… Wanita Ini Bertuah Suami Hadiahkan Kereta Mercedes Putih Pula! Sudahlah Bisnes Baju ‘Laku Keras’… Wanita Ini Bertuah Suami Hadiahkan Kereta Mercedes Putih Pula!

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru ini mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri menghasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.

“Akhirnya percaturan saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid19 membuatkan ramai terkesan. Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.

Menganggap ini merupakan rezeki, Datin Ezan menegaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertama jenama ini menawan hati pengguna.

IKLAN

“Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal. Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja,” katanya lagi.

Sudahlah Bisnes Baju ‘Laku Keras’… Wanita Ini Bertuah Suami Hadiahkan Kereta Mercedes Putih Pula! Sudahlah Bisnes Baju ‘Laku Keras’… Wanita Ini Bertuah Suami Hadiahkan Kereta Mercedes Putih Pula!
Label yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri juga mencipta kenangan tersendiri apabila suaminya baru saja menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya, baru-baru ini.

Menyifatkan apa yang diterima sebagai pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Datin Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI