Isu melibatkan empat penyanyi iaitu Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Ernie Zakri dan Ara Johari sudah pun tamat.

Namun begitu, MH tertarik dengan ‘nasihat’ yang diberikan pendakwah bebas, PU Azman terhadap empat anak muda itu.

“Sudah-sudahlah tu, letak tepi dulu soal depresi ni. Korang tolong ustaz jawab soalan-soalan netizen ni.

“Teruskan berkarya tu dan buat lagu-lagu berunsur ilmiah dan motivasi. Mudah sikit kerja dakwah.

“Semua kena gerak bersama berdasarkan kerja masing-masing.

“Haqiem Rusli, kalau kau rasa kau jatuh, bangun semula.

“Kau, Wany Hasrita.. masyarakat menahan rindu nak tunggu karya dakwah kau.

“Ara Johari kalau kau buat lagu ada unsur ilmu berbunga hati masyarakat remaja ni.

“Kau pula Ernie Zakri, jangan misteri sangat, keluarkan idea kau untuk berkarya dengan lirik ilmu,” tulisnya.

IKLAN

Oh my! Sangat kreatif apa yang dikongsi PU Azman itu. Pada MH, nasihat paling win lah!

IKLAN

Apa-apapun, isu dah selesai, MH harap tiadalah yang membawang lagi ya!

IKLAN

Foto: Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI