Pelakon, Nelydia Senrose yang kini sedang bahagia dengan kekasihnya, Hafiz iaitu seorang ahli perniagaan mengakui kian serius di dalam hubungan yang dibina, meski baru beberapa bulan mengenali.

Katanya, meski keputusan untuk ke fasa yang lebih serius boleh dikatakan terlalu cepat, bintang berusia 23 tahun ini bagaimanapun mengakui hatinya tersedik dan sedia untuk bergelar isteri.

“Boleh dikatakan ciri-ciri lelaki pilihan itu ada padanya. Dia seorang yang memahami, stabil dan saya selesa berkawan dengannya. Dia juga seorang yang matang,” katanya yang turut menambah, persiapan kahwinnya sudah pun berjalan sedikit demi sedikit.

Berharap agar semuanya dipermudahkan, pelakon Cinta Tiada Ganti ini turut meminta ramai pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh perkahwinannya.

IKLAN

Sudah Lakukan Persiapan Perkahwinan, Nelydia Senrose Pilih Hafiz Kerana Kematangannya

“Tiada isu saya ke luar negara untuk buat persiapan kahwin dan sebagainya. Cuma apa yang boleh saya cakap, ia berjalan dengan lancar setakat ini. Cuma tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian hari, memandangkan saya sendiri masih ada komitmen penggambaran drama yang masih berbaki.

 

“Yang penting, saya tidak akan sorok perkara yang baik-baik. Saya akan beritahu semua,”katanya kepada MH.

Sudah Lakukan Persiapan Perkahwinan, Nelydia Senrose Pilih Hafiz Kerana Kematangannya

IKLAN

Beberapa bulan lalu, Nely yang juga adik kepada pelakon Uqasha Senrose ada memuat naik cicin di Instagram yang mencetuskan pertanyaan di kalangan peminatnya.

IKLAN

Menerusi sebuah majlis, Nely secara profesional mengakui cincin tersebut merupakan pemberian istimewa daripada kekasih hatinya, sekali gus mengakui sudah pun bersedia untuk bergelar isteri pada usia muda.

Foto: Instagram Nelydia Senrose

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI