Categories: Hiburan

“Sudah… Jangan Gaduh-Gaduh,” – Fattah Dah Rancang Bawa Fatima & Ibu Bercuti, Tepis Dakwaan Hubungan Dingin

Share

Pelakon Fattah Amin memohon orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan kononnya ibunya, Azizah Abdul Ghani, mempunyai hubungan dingin bersama anaknya, Nur Fatima Aisha.

Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, hubungan ibunya bersama Fatima masih lagi dalam keadaan baik dan kini mereka sedang merancang untuk pergi bercuti bersama.

“Sudah. Jangan gaduh-gaduh ya. Fatima okay sahaja dengan nenda. Semua tengah bincang nak pergi Disneyland,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram.

Video & Reaksi Peminat

Menerusi hantaran sama, Fattah turut berkongsi rakaman video yang memaparkan perbualan telefon di antara Fatima dan ibunya.

Menerusi video tersebut, Fatima dilihat begitu teruja untuk mengajak neneknya itu untuk sama-sama pergi bercuti di taman tema, Disneyland.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat situasi tersebut selain turut mendoakan semoga hubungan Fatima bersama keluarga Fattah sentiasa dalam keadaan baik.

“Fattah ini sangat bagus dan tenang. Allah merahmatimu Fattah”

“Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. Kita berprasangka baik. InsyaAllah akan dapat yang baik-baik. Allah tetap ada untuk orang-orang yang sabar.”

“Alhamdulillah, semoga Fatima dan keluarga sentiasa gembira.”

“Semoga Allah sentiasa pelihara dari segala kejahatan dan tutup segala keaiban Fattah dan keluarga,” antara komen peminat.

Terdahulu, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima mengadu kepada ibunya, pelakon Nur Fazura, mendakwa neneknya berkata dia tidak comel dan tidak pandai.

Fazura bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan nada tenang serta menjelaskan mustahil ibu mentuanya tergamak melontarkan kata-kata sedemikian.

Adik Fattah, Raihan Amin, turut tampil menolak tuduhan yang mendakwa ibunya, Azizah Abd Ghani, mengeluarkan kata-kata negatif terhadap cucu kesayangannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf