Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin ada berkongsi pengalaman dalam menguruskan anaknya, Aisy Mateen, 3 tahun.
Kongsi pemilik nama penuh Norliana Samsudin ini juga, sebagai seorang ibu, dia perlu memiliki idea di luar jangkaan dalam menjaga anak sekali gus mampu mengelakkan pembaziran.
Kisahnya, ada lampin pakai buang yang digunakan Aisy tidak meninggalkan kesan najis.
Lalu suaminya, Fadzil Zahari telah memberikan idea untuk mengelakkan pembaziran dan ini yang dilakukan!
“Semalam malam masa nak mandikan @aisymateen , Yana terus koyakkan diaper pant dia. Alaaaaaa!!!! Lepas koyak tu, baru sedar diaper tu baru je tukar dan takda najis pun lagi.
“So lepas mandikan tu terus cakap dengan suami @fadzilzahari , “sayang, i rasa menyesal tak check dulu diaper ni, bersih lagi… sayang nya membazir.. ramai orang luar sana yang susah perlukan diaper untuk anak dia. Macam mana ni? I rasa bersalah”.
“Lepas tu dia reply, “I pun pernah macam tu yang hari tu, lepas tu i letak soletip. ” Ha!!! Idea!!!
“So hari ini saya pun DIY lah diaper ini supaya tidak menjadi satu pembaziran.. it work!! Tahan juga!! Haha.
“Lepas tu mateen tanya mommy buat apa ni? Dia macam curiga kenapa kena tampal tampal… Mommy cakap DIY diaper mateen biar tak membazir. Dia jawab oooooooo.
“Akhirnya Mateen happy! ❤THANK YOU sayang ku @fadzilzahari bagi idea DIY ni!!❤🌹🌺 Kadang kadang mak mak ni buntu juga… benda simple je pun hahahaa!
“Ok selesai separuh tugasan jadi ibu dan hati ku dah tenang… nak bagi mateen makan pula… muka ada cengkung sikit sebab baru kebah dari demam panas,” kongsi Yana disertakan video DIY lampin pakai buang itu.
Bagi setiap insan yang bergelar seorang ibu pasti akan merasai kegembiraan apabila dapat melihat anak tercinta membesar dengan sihat dan ceria.
Pelakon Mawar Rashid ada berkongsi beberapa keping gambar dan rakaman video anaknya, Raden Rafael di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, putera sulung Mawar kini sudah berusia 4 bulan dan ternyata sudah pandai untuk berketawa dan senyum.
“Apaaaaaa?!!!! Anak mommy dah 4 bulanDah banyakkk pandai sekarang. Pi kat IG dia klau nak dengar Rafael gelak 4 bulan bunyi camne. @radenrafaelraf,” tulisnya.
Di samping itu, peminat juga memuji wajah anak Mawar yang semakin bijak dan kelihatan sangat comel.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Tindakan Nabil Ahmad mencampak tanjak yang dipakai ke lantai sewaktu program Muzikal Lawak Superstar mengundang kecaman netizen dan mendapat teguran daripada Balai Adat Tok Cindai yang mewakili seluruh pengamal dan pendiri budaya bangsa.
Netizen turut menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab dan tidak menghormati budaya tradisional Melayu.
Pengacara Meletop ini bagaimanapun telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di ruang Instagram atas tuntutan Tok Cindai.
“Assalamualaikum, saya Nabil Ahmad. Saya nak membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjuran saya malam tadi di atas pentas Muzikal Lawak Superstar. Tidak menjadi niat saya untuk memperlekehkan bangsa dan adab Melayu kita terutama sekali tanjak yang dipakai.
“Saya telah ditegur secara baik oleh Tok Cindai dan seluruh ahli keluarga pengabdi budaya. Saya ingin memohon maaf dan memohon ampun kepada semua yang terguris hati dan perasaan di atas keterlanjuran saya. Saya harap permohonan maaf saya dapat diterima oleh semua,” katanya menerusi video yang dimuat naik.
“Asalamualaikum Tuan Tuan sekalian, saya manusia yang bnyak melakukan kekhilafan dan saya harap permohonan maaf saya ini dapat memberi pengajaran pada saya.
“Hal ini betol2 menperingatkan saya pada Maruah budaya Khemahkotaan bangsa melayu kita..saya Juga memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga balai adat tok cindai Dan semua yg terkesan dengan perbuatan saya, saya personally Amat Malu dengan perbuatan saya malam tadi #maafkansaya,” tulisnya.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.