Penyanyi, Mila Jirin menerusi entri di Instagram ada berkongsi, sebagai tanda sokongannya kepada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) atau kini lebih dikenali sebagai Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT), dia dan suami telah pun sepakat untuk membeli nombor plat A1 M174, bagi motorsikal berkuasa besar yang dibeli.

Terdahulu, keputusan suami isteri itu untuk membeli motorsika jenama Harley Davidson itu adalah disebab oleh mahu mencari hobi bariu, meski pada peringkat awal suaminya ada berhasrat untuk membelikan sebuah kereta Mini Cooper buatnya.

IKLAN

“Tanda Sokongan kepada YAYASAN ARTIS 1 MALAYSIA (YA1M) atau kini dikenali sebagai YAYASAN KEBAJIKAN ARTIS TANAH AIR (YKAT) saya dan suami beli plate Number ini A1 M174.

 

“Dah beli PENING tak tau nak letak mana plate tu ?…En suami nak belikan Mini Couper tapi Cik Isteri tak nak (hahahah sbb malas drive dan ada orang tu tak benarkan cik isteri drive kereta hahaha) @isz_mustapha,” tulis Mila.

Malah, penyanyi lagu Adam Dan Hawa itu sejutu sahaja dengan keputusan suaminya itu.

IKLAN

“So last last, fikir punya fikir cadangkan pada en Suami “Apa kata kita cari hobi baru” so terlahirlah ILHAM untuk kami beli #HarleyDavidson ni walaupun macam macam jenis Harley pi tengok sampai ke Melaka, Akhirnya #RoadKing jadi pilihan En Suami & cik isteri ON je ?‍♀️… #Alhamdulillah Rezeki ALLAH.

 

“Jom rakan rakan selebrtiti lain, kita bagi sokongan pada YKAT dengan membeli PLATE Number A1M untuk YKAT mengumpul dana membantu anak seni dan rakan rakan yang memerlukan #InsyaAllah moga usaha MURNI YKAT dipermudahkan oleh Allah #Amin,” kongsinya lagi.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bk1zchPlI3r/?taken-by=mila_jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI