Selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada Selasa lalu, akhirnya suami kepada Lisdawati, pelakon Fauzi Nawaewi akhirnya berkongsi wajah bayi lelakinya itu menerusi Instagram.

Posting yang dimuat naik beberapa jam lalu itu turut disertai dengan ucapan tahniah dari para peminat selain rakan seindustri.

Fauzi menerusi ruangan kapsyen menyifatkan kelahiran anak keempatnya itu merupakan anugerah paling berharga mereka dunia akhirat.

IKLAN

“Tiada suatu harta pun yg akan kekal di dunia ini, tiada lain yg lebih berharga melainkan Anugerah mu yg menjadi permata hati kami dunia dan akhirat ?? … ALHAMDULILLAH.. Jadikanlah kami hamba mu yg taat,” tulis Fauzi.

Terdahulu, Lisdawati dilaporkan selamat melahirkan anak mereka pada Selasa sekitar jam 10.23 malam di sebuah hospital pakar di Ibu kota.

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI