Isu melibatkan penyanyi, Haqiem Rusli memang hangat diperkatakan kini.

Apatah lagi ada beberapa rakan selebriti yang meluahkan rasa kesal mereka apabila Haqiem dipercayai mempermainkan isu ‘depresi’ yang dialaminya untuk gimik lagu terbarunya.

Namun begitu, salah seorang rakan Haqiem di dalam industri, penyanyi, Irfan Haris meminta agar netizen berhenti mengecam penyanyi lagu Jatuh Bangun itu.

“Stop bashing and cursing this guy, trust me it really hurts (nasihat baikbaik, tak payah maki dia). Besides we should forgive a person who does mistakes cause no one is perfect.

“Don’t worry bro, I got your back, teruskan berkarya the industry needs you #GiveHimSomeSpace @haqiemrusli98_,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Sebelum ini, Haqiem ada melakukan sidang media bagi meminta maaf dan menjelaskan kepada umum segala ‘perkara’ melibatkan dirinya.

Dalam pada itu, perkongsian Irfan itu mendapat pujian netizen yang mengatakan bahawa dia adalah sahabat sejati.

“Stop Bashing And Cursing This Guy”- Turn Irfan Haris ‘Backup’ Haqiem Rusli!

IKLAN

“Stop Bashing And Cursing This Guy”- Turn Irfan Haris ‘Backup’ Haqiem Rusli!

“Stop Bashing And Cursing This Guy”- Turn Irfan Haris ‘Backup’ Haqiem Rusli!

IKLAN

Pada MH, sememangnya bagus apa yang dilakukan Irfan itu, mungkin apa yang Haqiem perlukan sekarang ini adalah sokongan daripada ahli keluarga dan juga para sahabat.

Sahabat sejati kini memang sukar untuk dicari kan?

Foto: Instagram Irfan Haris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI