Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 22 Februari depan, Norman Hakim bersama ahli keluarganya melakukan solat jemaah dan berdoa beramai-ramai buat anaknya, Danish Hakim.
Menerusi perkongsian, Danish dilihat turut bersalam dengan ahli keluarga bagi mengambil keberkatan daripada kedua orang tuanya.
“Solat jemaah & doa selamat ‘kita2 aje’ sempena Abg @danishhakimofficial nak start exam SPM 22/2/2021 ni. Cabaran ‘psikologi’ buat Danish & semua pelajar2 form 5 tahun 2020 sepanjang tahun lepas hingga ke tahun ni.
“Doa kami buat Abg Danish & juga buat pelajar2 form 5 yg lain akan sentiasa mengiringi kalian semua Aamiin Ya Rabb,” tulis Norman.
Ads
Sementara itu, Memey turut menitipkan dedikasi, sambil mendoakan agar kesemua calon SPM tahun ini dipermudahkan.
“Abg @danishhakimofficial dah nak start exam SPM. Cabaran besar utk semua anak2 yg nak ambik exam sama baya dgn danish, dari tahun lps dgn situasi pembelajaran norma baru.
“Sampai waktunya juga utk exam. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak. Kami tau abg dah usaha sebaik mungkin.
Ads
“Semoga diterangi hati untuk jawab segala nya dgn mudah & tenang. Doa mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany, mummy & papa @normanhakim_786 akn selalu mengiringimu Anak.
“Buat yg terbaik. We love u. All the best utk anak2 yg nak ambik spm juga ye. Semoga berjaya dunia akhirat.
“Jgn lupa minta ampun maaf pd semua, pada guru2, mintak halalkan segala ilmu, doa, & usaha buat yg terbaik.. semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya lagi.
Ads
Danish merupakan anak sulung kepada Abby dan bekas suami, Norman Hakim. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2002 sebelum bercerai pada tahun 2008.
Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Foto: Instagram Danish Hakim, Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara memuat naik satu rakaman video ketika sedang menikmati Nasi Arab, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin telah menerima satu komen negatif daripada netizen.
Dalam tangkap layar dimuat naik, individu berkenaan menempelaknya dengan mengatakan Mila bersikap kurang sopan kerana telah mengunakan tangan kiri ketika makan.
“kalau yea pon sedap..mkn lah pakai tgn kanan..Apa pon sy ucapkan selamat maju jaya..,” tulisnya.
Lantas, Mila telah memberi respon terhadap komen yang ditulis oleh individu berkenaan.
Menurut penyanyi lagu Persis Mutiara ini, perkara tersebut berlaku oleh kerana dirinya telah mengunakan kamera hadapan di telefon pintarnya.
Lalu, imej yang dirakam memperlihatkan dirinya sedang makan mengunakan tangan kiri.
“takkan lah saya nak hilang akal nak guna tangan kiri…camera kan mirror image…
“cuba tuan makan ambik video lepastu tengok tangan kiri ke kan??,” balas Mila.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Nursyarmilla Jirin ini tidak lagi bergiat aktif dalam nyanyian kerana beri fokus terhadap beberapa perniagaan yang diusahakan.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior Edika Yusof mengakui dirinya kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan dengan orang lain.
Ini kerana baginya, setiap pasangan berkahwin itu ada ujian yang tersendiri dan masing-masing perlu tahu tanggungjawab.
“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.
“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri.
“Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.
“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
“Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” kata suami kepada Nor Hidayah Yusri ini memetik BH Online.
Terdahulu, Nor Hidayah diuji ketika melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun itu menjelaskan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.
Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya.
Sepanjang tempoh berumah tangga, dia turut melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.
“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.
“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.
“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.
“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.
“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.
Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.
“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber, Foto : BH Online, Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio, DJ Lin ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan Petaling Jaya, baru-baru ini selepas kembali diserang alahan minggu lalu.
Menurutnya, alahan yang dialami mulai mengganggu pernafasan yang sekali gus menyebabkan dia memerlukan bantuan alat pernafasan.
“Alahan ini kembali menyerang lebih kurang seminggu lalu. Kali ini, ia lebih parah kerana mengganggu pernafasan saya. Malah, ia bukan saja di bahagian luar badan, tapi juga dari dalam.
“Disebabkan itu, saya kini ditahan di ICU dan dipantau oleh doktor dan jururawat. Saya juga terpaksa menggunakan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Dia yang sinonim menerusi segmen Suria Cinta di saluran Suria FM itu menambah, ia menyerang secara tiba-tiba.
“Pada minggu lalu, ketika dalam perbincangan untuk urusan kerja, tiba-tiba kepala rasa rasa ‘melayang’ dan seperti tak stabil.
“Tengkuk saya rasa tegang, bahu rasa berat dan badan menjadi lemah. Saya kemudiannya terus ke klinik untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.
“Satu badan saya diserang alahan. Sekali dengan muntah-muntah, loya, kepala rasa berat, dan saya terbaring sebab rasa sangat tak sihat.
“Tapi, pada malam hari Isnin, saya masih gagahkan diri untuk bersiaran walaupun badan sudah terlalu lemah,” katanya.
Selain itu, Lin mengakui berat badannya juga mulai susut sehingga 4.5 kilogram sejak dimasukkan ke hospital kerana tiada selera untuk makan.
“Berat badan saya turun mendadak kerana saya tak ada selera nak makan. Rasa macam ada sesuatu yang menyekat di tekak saya.
“Doktor masih berusaha sedaya upaya untuk mengenal pasti punca utama sakit saya ini. Pelbagai ujian sudah dijalankan seperti ujian darah dan air kencing,” katanya.
Sementara itu, Lin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan penyampai yang menganjurkan solat hajat dan memohon doa daripada semua terutama pendengar setia Suria FM.
“Terima kasih kepada rakan-rakan antaranya Sharifah Shahirah, Nabil Ahmad dan ramai lagi yang sudi menganjurkan solat hajat untuk mendoakan saya.
“Kepada peminat, jangan panik. Insya Allah, saya tak apa-apa dan mudah-mudahan mampu melawan penyakit ini. Saya akan terus berjuang,” katanya lagi.
Difahamkan pada Oktober tahun lalu, dia pernah berdepan dengan situasi sama dan turut dimasukkan ke hospital.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...