Semalam, ribuan peminat membanjiri pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur semata-mata ingin bertemudengan bintang Korea Selatan, Song Joong-ki dan beberapa artis ternama lain bersempena tayangan gala filem baru lakonannya, The Battleship Island.

Song Joong-ki menghadiri road tour bersama pengarah filem bercorak aksi dan sejarah itu, Ryoo Seung-wan, dan dua pelakon lain iaitu Hwang Jung-min serta So Ji-sub.

Song Joong-ki, Pelakon The Battleship Island Kena Serbu Di Pavilion

Song Joong-ki, Pelakon The Battleship Island Kena Serbu Di Pavilion

IKLAN

Dianggarkan lebih 10,000 peminat datang ke pusat beli-belah terkemuka itu seawal jam 10 pagi lagi.Ternyata populariti Joong-ki yang melonjak berikutan kejayaan drama Descendants of the Sun, tahun lalu, menyebabkan peminat sanggup bersesak dan menunggu dalam tempoh yang lama untuk melihat sendiri kelibat pelakon berwajah kacak itu.

Bintang popular itu mula kelihatan jam 7.25 malam dan sebaik sahaja melibat kelibat ketiga-tiga pelakon itu, peminat mula menjerit nama artis kegemaran masing-masing.

IKLAN

Sesi berkenaan berlangsung selama 20 minit dalam suasana yang sangat meriah dan bingit. Biarpun dikelilingi lautan manusia, mereka tetap memberi layanan yang baik terhadap peminat sebagai tanda penghargaan.

Sementara itu, The Battleship Island adalah antara filem berbajet besar yang ditunggu-tunggu ramai, malah hingga kini sebanyak 113 negara bersedia menayangkannya.

IKLAN

Ia mengangkat kisah benar yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2 mengenai buruh paksa Korea yang dikerah bekerja di sebuah lombong arang batu milik tentera Jepun di Pulau Hashima.

Pulau berkenaan sebenarnya adalah kapal besar yang menjadi pusat operasi melombong arang batu dasar laut, lengkap tempat tinggal dan pusat pelacuran khusus untuk tentera.

Filem terbabit dijadualkan tayangannya di negara ini bermula 17 Ogos.Sama-sama kita nantikan!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI