Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan penangan kehadiran pelakon Baby Driver, Ansel Elgort yang datang ke Malaysia. Kali ini, bintang Descendants Of The Sun, Song Joong Ki membawa berita gembira yang dia akan ke Malaysia bagi mempromosikan filem terbarunya.

Song Joong Ki telah menetapkan tarikh untuk lawatan ke Kuala Lumpur pada 9 Ogos untuk mempromosikan filemnya yang akan datang, The Battleship Island.

GSC Movies Malaysia juga telah memuat naik poster mengenai jelajah promosi The Battleship Island di laman Facebook.

Song Joong Ki Dan So Ji Akan Datang Ke Malaysia

Filem perang blockbuster Korea ini dibawakan oleh tvN Movies, saluran filem blockbuster Korea yang pertama dan tunggal di dunia.

IKLAN

Jelajah promosi ini akan dihadiri oleh pengarah filem Ryoo Seung-wan, bersama tiga bintang filem tersebut iaitu Hwang Jung-min, So Ji-sub dan Song Joong-ki.

The Battleship Island yang menceritakan bagaimana tiga lelaki datang dengan rancangan untuk melepaskan diri dari kem buruh paksa di Pulau Hashima di Nagasaki, Jepun dengan beratus-ratus tawanan lain semasa era kolonial Jepun.

Filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia pada 17 Ogos. Mampukah filem koreaterbaru ini menandingi fenomena Train To Busan yang mendapat feedback yang sangat baik di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.

IKLAN

Song Joong Ki Dan So Ji Akan Datang Ke Malaysia

 

Terdahulu, Song Joong Ki telah mengumumkan pertunangannya dengan aktres cantik korea, Song Hye-kyo dan menetapkan 31 Oktober sebagai hari perkahwinan mereka.

IKLAN

Sumber : star2.com

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI