Dang! MH agak terkejut baca ruangan Miss K di Astro Gempak baru-baru ini. Menurut laporan Miss K mengenai gambar ‘throwback’ tidak bertudung yang dimuat naik oleh Fathia Latiff itu ‘agak sesuatu’ seperti ada yang tidak kena.

Miss K yang telah dihubungi oleh seorang sumber memberitahu lelaki berbaju merah lebih dikenali sebagai Shahrizan turut memuat naik gambar yang sama di Instagramnya dengan menggunakan hashtag #AllRed dan #TB.

Something Fishy, Benarkah Gambar Tidak Bertudung Fathia Latiff Tu Gambar Throwback?

Jika diikutkan hari jadi lelaki tersebut sebenarnya jatuh pada 13 Disember beberapa hari yang lalu daripada tarikh Fathia muat naik gambar tersebut.

IKLAN

Something Fishy, Benarkah Gambar Tidak Bertudung Fathia Latiff Tu Gambar Throwback?

 

Namun beberapa persoalan timbul, antaranya seperti adakah Fathia memaksudkan ‘throwback’ itu sebelum April 2016 atau beberapa hari yang lalu kerana di Instagram lelaki tersebut turut memuat naik gambar berpakaian yang sama seperti dalam gambar Fathia 4 hari yang lalu.

IKLAN

 

Something Fishy, Benarkah Gambar Tidak Bertudung Fathia Latiff Tu Gambar Throwback?

IKLAN

 

“Miss K cuba berfikiran baik, husnudzon orang kata, tapi semuanya goyah selepas Miss K dihubungi oleh rakan lama Miss K, Sheena. Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas? Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.

“Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas? Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu,” jelas sumber Miss K.
Jika dilihat, gelang yang dipakai oleh lelaki tersebut turut sama dan tiada beza dengan gambar-gambarnya 4 hari yang lalu.

Namun adakah benar ia atau hanya sekadar kebetulan tidak kami ketahui. Harapnya apa yang diterangkan oleh Fathia benar.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI