Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.

Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Sementara itu, pihak pengurusan Siti Sarah, Indigital Music dalam satu kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak putus menitipkan doa buat Allahyarhamah.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah pun meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” katanya.

IKLAN

Terdahulu Sarah dimasukkan ke Unit Rawaran Rapi (ICU) hospital sama susulan tahap oksigen menurun.

IKLAN

Dia kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan mencecah usia tujuh bulan.

Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan. Sarah bersama Shuib sekeluarga disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut mempunyai tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI