Berita

Sisi Jujur Shiha Zikir, MV ‘Renjana’ Buat Ramai Menangis! – “Terima kasih Kongsi Rasa, Moga Syurga Buat Semua Ayah Yang Telah Pergi.”

Share

Sempena sambutan Hari Bapa yang diraikan hari ini, perkongsian terkini penyanyi Shiha Zikir mencuri perhatian wargenet di Instagram apabila menitipkan dedikasi ‘deep’ terhadap Allahyarham bapa, Mohd Zikir.

Malah kerinduan sama turut diterjemahkan menerusi muzik video lagu terbaharunya berjudul Renjana yang telah dimuat naik di YouTube, Sabtu lalu.

Lagu ini bukan sekadar karya biasa, sebaliknya sebuah dedikasi peribadi yang cukup menyentuh hati khas buat insan tersayang.

“Abah… Kalau tanya Shiha, apa yang Shiha buat kalau diberi peluang jumpa Abah sekali lagi, satu je Abah.

“Shiha nak peluk Abah kuat-kuat. Anak Abah ni dah lalui macam-macam selama Abah tak ada. Banyak sangat nak diceritakan macam mana Shiha selalu meluah dulu.

“Tapi Abah jangan risau, semangat Abah insya-Allah sentiasa ada dalam diri anak-anak Abah.

“Moga pengakhiran anak-anak Abah semua yang terbaik dan moga kita semua dapat bersatu semula di sana nanti, amin,” tulisnya.

Shiha turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon senior, Sulaiman Yassin atau Mat Over, yang memegang watak sebagai arwah ayahnya dalam muzik video tersebut.

“Rindu Abah sangat-sangat. Al-Fatihah buat Abahku, Mohd. Zikir.

“Terima kasih buat Abah Mat Over sudi terima watak sebagai arwah Abah Shiha. Memang mirip sangat. Dapat juga Shiha lepas rindu,” luahnya lagi.

Renjana Buat Netizen Menangis!

Tidak dinafikan, Renjana bukan sekadar sebuah lagu balada biasa. Sebaliknya kali ini, juara program Famili Duo disamping kakaknya, Eida Zikir itu dilihat tampil lebih jujur dalam menyampaikan sisi emosinya.

Malah, muzik video Renjana turut memaparkan kisah perjalanan hidup Shiha sejak kecil hingga dewasa, sebagai refleksi tentang apa yang telah dilaluinya, jatuh bangun sebagai anak seni.

“Sedih menghayati lagu dengan lirik kak shiha strong women, independence and never give up.”

“Tahniah Shiha. Terima kasih sudi berkongsi rasa. Moga syurga buat semua ayah yang telah pergi, ayah Shiha, abah saya dan semua bapa.”

“Belum start aku dah start meremang. Dan ya aku dah kehilangan keduanya sekali. Buat arwah abah dan arwah mak, al fatihah ku kirimkan.L

“Hurm saya rinduu mak, saya gantikan posisi ayah tu kepada mak. Rindu yang tak terungkap…,” antara komen wargenet di YouTube.

Sehingga kini, muzik video berkenaan sudah pun menerima lebih 100,000 tontonan selepas sehari ia dilancarkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH