Mereka bermula dengan 12 Bros. Kini, hanya tinggal enam pejuang sejati yang masih berdiri teguh, bersedia untuk pertempuran terakhir yang bakal mengubah segalanya! Inilah kemuncak kepada perjalanan penuh keringat dan semangat dalam MASKULIN Who’s Your Bro!
Selepas melalui sembilan episod penuh cabaran ekstrem, tiga pasukan terhebat akhirnya mara ke finale paling epik dalam sejarah rancangan ini.
Mereka sudah menempuh segala ujian paling mencabar seperti memanjat menara tinggi, bertarung dalam sawah bendang dengan pasukan ragbi, menyeberangi sungai sambil menggalas kayu balak, hingga ke cabaran triathlon yang mencabar keupayaan fizikal dan mental mereka.
Kini, detik penentuan bakal tiba. Siapakah yang benar-benar layak ditabalkan sebagai Juara MASKULIN Who’s Your Bro, membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi eksklusif? Hanya satu pasukan akan keluar sebagai the ultimate winner.
PERTEMBUNGAN TIGA GANDINGAN TERHEBAT!
Ikmal & Hakimi
Ads
Dua ‘pretty boy’ yang bukan sekadar tampan, tetapi juga memiliki ketahanan luar biasa serta semangat juang yang mengagumkan! Mereka telah menunjukkan kekuatan mental yang luar biasa sepanjang pertandingan, membuktikan mereka bukan sekadar wajah cantik tetapi juga pejuang sejati.
Saddam & Dr. Shazif
Gandingan atlet sukan lasak dan personaliti kesihatan, membuktikan kekuatan bukan hanya di gim tetapi juga dalam medan pertempuran sebenar! Dengan kombinasi kecergasan, kepakaran sains sukan dan strategi yang tajam, mereka menjadi salah satu pasukan yang paling konsisten sepanjang pertandingan ini.
Ads
Theeban & Syafiq
Bekas atlet dan pelakon bersama ‘underdog’ mat despatch yang lincah! Mereka mungkin dianggap sebagai pasukan kejutan, tetapi jangan sesekali pandang rendah keupayaan mereka! Dari cabaran ke cabaran, mereka membuktikan keazaman dan daya tahan yang tinggi, menjadikan mereka ancaman besar dalam pertarungan ini.
Malam ini, tujuh stesen cabaran berbeza menanti mereka—setiap satu menguji kecerdikan strategi, kekuatan, kelincahan, kepantasan, ketahanan, dan keseimbangan. Cabaran yang lebih sukar dari sebelum ini bakal menguji sejauh mana mental dan fizikal mereka dapat bertahan.
Ads
Dari ujian ketahanan ekstrem hingga kepada cabaran berasaskan daya kreativiti dan kerjasama pasukan, semuanya direka untuk mencari pasukan yang benar-benar layak digelar juara.
Mereka akan menghadapi cabaran berat yang bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga kebijaksanaan dalam mengatur strategi, penguasaan minda, serta keberanian untuk menghadapi ketidakpastian. Satu langkah silap sahaja boleh meranapkan impian mereka untuk menggenggam trofi kejuaraan.
Siapa yang mampu bertahan hingga ke garisan penamat dan membuktikan mereka layak digelar BRO SEJATI? Adakah strategi akan mengatasi kekuatan fizikal, atau adakah daya tahan mental menjadi penentu akhir?
Jangan lepaskan FINALE MASKULIN Who’s Your Bro!
⏳ Malam ini, 7 Februari 2024
📺 Jam 9 malam di Astro Ria
🔥 Saksikan pertempuran paling epik dalam dunia kecergasan!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertemuan di antara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra, mencuri perhatian ramai apabila keduanya ‘reunion’ selepas 23 tahun sejak pelancaran muzik video Debaran Cinta.
Momen istimewa itu berlaku sebelum program realiti One In A Million (OIAM) akhir berlangsung, malam tadi.
Siti hadir sebagai penyanyi undangan manakala Nicholas bertindak sebagai juri jemputan.
Pertemuan tersebut sempat dirakam menerusi sebuah video yang kini tular di media sosial dan warganet sama-sama teruja melihat interaksi mesra kedua-dua bintang terkenal itu.
“Apa khabar? Senang sekali, welcome back to Malaysia,” ucap Siti.
Terdahulu, muzik video Debaran Cinta, yang dilancarkan pada tahun 2002, menyaksikan Nicholas Saputra sebagai hero dan bergandingan dengan Siti Nurhaliza.
Turut sama membuat penampilan di dalam muzik video sama ialah bekas hos 3R, Low Ngai Yuen, Kartini Ariffin dan Azah Yasmin Yusof.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Michelle Trachtenberg, yang popular menerusi siri Buffy the Vampire Slayer dan Gossip Girl, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 39 tahun.
Menurut sumber, Michelle ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya sekitar jam 8 pagi Rabu lalu di One Columbus Place, sebuah pangsapuri mewah 51 tingkat yang terletak di kawasan eksklusif Central Park South, Manhattan.
Difahamkan, pelakon itu telah menjalani pemindahan hati dalam tempoh kurang setahun lalu, namun tubuhnya dikatakan gagal menerima organ tersebut, menyebabkan beliau meninggal dunia secara semula jadi.
Pihak polis NYPD mengesahkan bahawa Michelle ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang wanita mengalami serangan jantung.
Tiada unsur mencurigakan dalam kematiannya dan pihak berkuasa masih menunggu laporan rasmi daripada pemeriksa perubatan bagi mengesahkan punca sebenar kematian.
Mewakili pihak keluarga, wakil perhubungan awam pelakon itu, Gary Mantoosh, turut mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum.
“Dengan penuh rasa sedih, kami mengesahkan bahawa Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Keluarga beliau memohon diberikan ruang dan privasi dalam menghadapi detik sukar ini,” ujarnya.
Dilahirkan di New York City pada 11 Oktober 1985 dan dibesarkan di Sheepshead Bay, Brooklyn, Michelle mula mencipta nama dalam industri hiburan sejak usia muda. Kariernya bermula ketika berusia 9 tahun menerusi siri The Adventures of Pete and Pete di Nickelodeon.
Namanya terus melonjak naik apabila membintangi filem Harriet the Spy pada tahun 1996 sebagai pemegang watak utama.
Menjejakkan kaki ke dunia lakonan dewasa, Michelle mula mengambil watak yang lebih matang. Ini termasuklah sebagai Dawn Summers dalam siri Buffy the Vampire Slayer, serta watak antagonis ikonik Georgina Sparks dalam siri terkenal, Gossip Girl.
Kedua-dua karakter tersebut menjadi antara karakter ikonik lakonannya yang diingati ramai sehingga hari ini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah menceburi dunia politik dan dilantik sebagai Utusan Khusus Presiden Bidang Pembinaan Generasi Muda dan Pekerja Seni, pelakon dan pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad telah melakukan pengisytiharan harta.
Nilai kekayaannya diketahui berdasarkan Laporan Kekayaan Pegawai Negeri (LHKPN) 2025 yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK).
Dalam laporan tersebut pemilik nama penuh Raffi Farid Ahmad itu dinyatakan memiliki harta bernilai 1.033 trilion rupiah atau bersamaan dengan RM282 juta.
Menurut laporan terkini daripada KPK, sumber kekayaan Raffi berasal daripada pelbagai aset mewah, termasuk hartanah, kenderaan eksklusif dan pelaburan dalam bentuk sekuriti.
Memiliki sebanyak 45 bidang tanah dan bangunan yang terletak di beberapa lokasi strategik di Indonesia seperti Jakarta, Depok, Tangerang, Bali, Bandung, dan Makassar.
Kesemua aset hartanah yang dimiliki oleh suami kepada Nagita Slavina ini dianggarkan bernilai sekitar 737 bilion Rupiah atau kira-kira RM200 juta.
Selain hartanah, Raffi juga memiliki koleksi kenderaan mewah. Dia dikatakan mempunyai sebanyak 23 buah kereta dan motosikal mewah dengan nilai keseluruhan sekitar 55 bilion Rupiah atau RM15 juta..
Selain memiliki aset fizikal yang luar biasa, Raffi turut mempunyai pelaburan dalam bentuk sekuriti (surat berharga) bernilai 308 bilion Rupiah atau RM84 juta.
Wang tunai serta aset setara tunai yang dimilikinya berjumlah 5.3 bilion Rupiah atau sekitar RM1.4 juta, menjadikan beliau antara selebriti terkaya di Indonesia.
Kesemua harta-harta yang dimiliki ini merupakan harta yang diperolehnya sebelum menceburkan diri dalam dunia politik.
Seperti yang diketahui umum, Raffi bukan sahaja bergelar anak seni yang berjaya bahkan dia menceburkan diri dalam pelbagai cabang bisnes yang membawa kepada kekayaan yang dimilikinya kini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.