‘Sian Cik B, Orang Duk Mengata Dia Hitam…’ – DSV

Anak kepada Datuk Seri Vida iaitu pengasas kosmetik terkenal, Cik B kecewa sering dikutuk dan ditertawakan oleh netizen tentang fizikalnya membuatkan dia tidak mahu untuk bergambar.

Setiap manusia pasti akan sedih jika fizikal dirinya sering disebut-sebut untuk dijadikan bahan ketawa.

Walaupun baru berumur 12 tahun tetapi itulah yang terpaksa dilalui oleh anak pengasas kosmetik ini apabila dirinya sering dikatakan memiliki kulit yang gelap dan tidak cantik.

Bagi kanak-kanak di usia 12 tahun ini mereka masih kecil untuk menerima kata-kata negatif seperti itu dan lebih buruk lagi ianya boleh membuat kanak-kanak tersebut menjadi murung dan itu tidak bagus untuk mental mereka.

IKLAN

Berita kesedihan dan kekecewaan Cik B ini dikongsikan sendiri oleh ibunya di akaun Instagram.
Vida telah berkongsi gambar mereka tiga beranak dan di kapsyennya Vida menceritakan tentang Cik B yang terkesan dengan kutukan yang sering dilemparkan kepadanya.

“Cik B cuba untuk menggayakan pakaian
Jaga penampilan.. jaga mama.

 

“Kesian dia..
Walaupun dia masih budak
Dia jadi down… orang duk mengata dia hitam..
Tak cantik..puas pujuk pujuk baru nak bergambar.
Sampaikan masuk candid candud pun taknak sgt..
Tapi ‘request’ Demi Kacak.

 

“Tapi rini. makin ok sikit..
Saya mandikan dia..
Solek sikit sikit.. ajar cara
Tidur ngan mama..
Mama bangga ada anak Cik B ngan Kacak
Mama selalu bawa Kacak Cik B..
Sekolah cuti…
International.school
Muahhh ❤️❤️???,” tulis Vida di ruang kapsyennya.

Rata-rata pengikut Vida juga turut memberikan kata semangat pada Cik B untuk tidak mengendahkan kata-kata netizen yang negatif itu.

eychaqhanania: Haiiii syg2 .. Cik B , cik B jgn ambil kira apa org nak kutuk yea.. Cik B tetap lawa, sbb ada identiti sendiri bukan tiru org lain . . @datoserivida . .

IKLAN

humairamikhail: Xpe cik b,nikmati dulu zaman budak2 ni.klu cantik ja dr kecik sampai dewasa xbest pulak xda kenangan zaman budak2 tu nnt..

insyirah_creativedesign: Terus melangkah ke depan.. Abaikan aura negatif yg datang

Semoga Cik B terus kuat dan jangan ambil kisah dengan apa yang orang katakan pada Cik B ok.

Sumber: Instagram Datuk Seri Vida