Categories: Berita Hiburan

Shuib & Watie Bakal Timang Bayi Perempuan April Ini, Pilih Bersalin Menerusi Pembedahan Caesarean

Share

Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.

Khabar gembira tersebut diumumkan dalam majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung sebentar tadi di Elissa Garden, TBG, Gombak, pada Sabtu.

Selain keluarga dan teman rapat, majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis termasuk Fasha Sandha, Aidil Aziz, Sharifah Shahira, Ijoy Azari, Sharifah Zarina, Siti Sairah dan ramai lagi yang berkumpul meraikan berita bahagia itu.

Pernah Rahsiakan Kehamilan

Terdahulu, menerusi laporan media pada November tahun lalu, Shuib mengesahkan Watie sedang mengandung lima bulan selepas beberapa minggu spekulasi hangat dalam kalangan peminat dan netizen.

Berita tersebut memberi kelegaan kepada pasangan itu selepas melalui pengalaman duka kehilangan anak pada peringkat awal kehamilan sebelumnya.

Shuib pernah mendedahkan, dia dan isteri memilih untuk merahsiakan berita gembira itu pada peringkat awal kehamilan kerana pengalaman keguguran yang pernah dialami sebelum ini membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk berkongsi dengan umum.

Perjalanan Rumah Tangga Shuib

Sebagai rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023, dua tahun selepas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 2021.

Hasil perkahwinan dengan Siti Sarah, Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

Published by
MH