
Sebagai pembuka tirai kempen, Astro telah menganjurkan Showcase Inilah KITA, Sehati Bersama yang berlangsung penuh meriah di Pavilion, Kuala Lumpur, minggu lalu.
Buat pertama kalinya dianjurkan, showcase ini bukan sahaja menerima pujian ramai, malah berjaya menarik ribuan pengunjung yang hadir menyemarakkan semangat ‘Inilah Kita, Sehati Bersama’
Pengunjung dihidangkan dengan persembahan luar biasa barisan artis tanah air seperti Ella, SonaOne, Mimi Fly, Wani Kayrie, Lucidrari, Amir Ahnaf, Santesh, Alpha dan ramai lagi menjadikannya malam yang penuh warna.
Bagi Wani Kayrie, penyertaannya dalam kempen ini merupakan satu penghormatan besar dan momen paling bermakna adalah ketika berkunjung ke Lutong, Miri, Sarawak untuk merakamkan lagu Parking Harmoni.
“Tahun ini, saya ingin berterima kasih kepada Astro kerana menghantar saya ke Lutong, Miri, Sarawak untuk menyaksikan sendiri semangat perpaduan orang-orang di sana.
“Semangat mereka ini nyata memberikan saya inspirasi lebih-lebih ketika saya merakamkan lagu untuk kempen ini yang berjudul Parking Harmoni.
“Dalam lagu ini, kita gabungkan kisah di antara komuniti gereja dan masjid yang berkongsi satu tempat parkir yang sama.
“Lirik lagu ini juga ditulis selepas mendengar perkongsian komuniti-komuniti di sana,” katanya kepada MH.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong menjelaskan bahawa tema Inilah KITA, Sehati Bersama dipilih bagi meraikan semangat perpaduan serta elemen kepelbagaian yang menjadi tunjang keharmonian negara.
“Kami meneruskan naratif ‘Inilah KITA’ pada tahun ini dengan mengangkat tema ‘Sehati Bersama’, membawakan penceritaan yang mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian.
“Menerusi ‘Inilah KITA, Sehati Bersama’, kisah kebersamaan yang ditonjolkan seperti berkongsi juadah makanan, menggunakan ruang komuniti yang sama dan kerjasama seni kreatif.
“Lalu kami membawakan kepada anda semua momen indah yang selama ini telah menghubungkan kita.
“Ia turut mengingatkan bahawa walaupun kita hidup dalam perbezaan latar budaya, namun perkongsian momen berharga ini menjadikan semua sebagai satu,” kongsinya.
Astro turut mempersembahkan KITA Channel (saluran 100), saluran khas sempena bulan kebangsaan dari 15 Ogos hingga 17 September.
Lebih 50 rancangan istimewa bakal disiarkan, termasuk filem, drama, rancangan realiti dan dokumentari yang mengangkat kisah rakyat serta semangat patriotisme.
Penonton berpeluang menonton tayangan perdana telefilem baharu seperti Kita Bukan Data, Mariam Meenachi, Rombengan, Wasiat Ayah dan Daddy Naik Sheikh.
Selain itu, dokumentari Famili Ikat Tepi, Tempat Letak Harmoni dan Seni Berkawan akan ditayangkan di YouTube Astro Malaysia mulai 7 Ogos 2025.
Bagi pendengar radio, siaran langsung KITA FM dari Putrajaya pada 31 Ogos 2025 akan menampilkan penyampai popular dari Astro Audio seperti ERA, Sinar, MY FM, HITZ, RAAGA, serta penyampai RTM dari KL FM, Selangor FM, TraXX FM, Ai FM dan Minnal FM.
Sementara itu, Hael Hussaini diberi penghormatan menyanyikan lagu tema kempen ini yang berjudul Bangkit Malaysia.
Sama-sama raikan semangat Inilah KITA, Sehati Bersama sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bersama Astro!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini