
Perkongsian daripada penyanyi Shiha Zikir beberapa hari lalu menjadi sorotan warganet.
Menerusi sepotong video pendek berdurasi kurang dua minit itu, ia memaparkan Shiha sedang melakukan ‘tour’ di sebuah lot bangunan yang sedang diubah suai dekorasinya.
Walaupun tidak mengulas lanjut mengenai tujuan video tersebut, namun penyanyi lagu Renjana itu menitipkan penghargaan buat semua doa serta kata-kata baik yang diterima daripada para peminat.
“Insya-Allah tak lama lagi, satu lagi perjalanan baru akan bermula. Shiha akan kongsikan tak lama lagi.
“Terima kasih banyak atas doa yang baik-baik dari kalian semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak kurang juga yang meneka apakah bisnes baharu yang bakal diusahakan oleh Shiha.
“Shiha Zikir Nasi Ayam 3 coming,” teka sorang peminat.
“Another achievement achieved! Congratulations Kak Shiha Sayang,” puji peminat.
“Tahniah sis, pandai you mengatur hidup. Pelan-pelan ada bisnes, tak harapkan menyanyi sangat,” komen peminat.
“Bangannya bos di kalangan wanita. Hebat!,” titip peminat.
“Wow apa tu ek?,” tanya peminat.
“Kak buka kedai baru ke atau office baru? Semoga sukses dalam apa yang kak buat,” antara komen lain yang tertera.
Untuk rekod, Shiha sebelum ini sudahpun memiliki beberapa rangkaian Shiha Zikir Nasi Ayam selain turut menguruskan syarikatnya sendiri, Shiha Zikir Empire Holdings Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini