Categories: Berita Hiburan

Sharifah Sakinah Bocor Rahsia, Dedah Sikap Aidil Aziz Di Set Drama, Ini Balas Fasha Sandha – “Panjang Betul Komennya…”

Share

Drama Sujud Terakhir Encik Norman yang bakal ditayangkan sempena Ramadan bukan sahaja menemukan Sharifah Sakinah dan Aidil Aziz di layar kaca, malah ia turut memperlihatkan keserasian di antara mereka berdua.

Sakinah berkongsi pengalaman baik apabila bekerjasama dengan suami kepada aktres, Fasha Sandha itu sepanjang penggambaran.

Profesional, Mudah Bekerjasama

Dedah Sakinah, Aidil disifatkan sebagai pelakon yang yang menepati masa dan tidak menimbulkan sebarang masalah sepanjang berada di set lokasi.

“Secara jujur, Aidil ialah antara pelakon paling mudah bekerjasama. Mudah berkomunikasi, mudah berbincang idea, baik hati dan sentiasa menepati waktu.

“Tidak sekalipun saya dengar dia merungut ketika berada dalam set,” kongsinya menerusi ruangan komen Instagram milik Fasha selepas mereka bertemu dalam satu acara, baru-baru ini.

Malah tambahnya lagi Aidil juga lebih selesa mengambil sikap tidak ambil peduli apabila ada yang bercerita mengenai isu sensasi orang lain.

“Apabila ada gosip, dia memilih untuk menjauhkan diri. Dia melayan semua orang dengan penuh hormat. Jarang untuk jumpa pasangan pelakon, terutama hero, tanpa sebarang masalah.

“Dia membuatkan seluruh produksi rasa tidak beban dan senang bekerjasama,” jelasnya lagi yang turut memberi kata-kata positif buat Fasha yang sentiasa memberi sokongan terhadap suaminya.

Fasha & Aidil Beri Reaksi Terharu

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi pasangan suami isteri itu yang terharu atas apa yang diluahkan Sakinah.

“Terima kasih Sakinah, panjang betul komennya untuk En Norman (Aidil). Kak tak sabar nak tengok drama ni.

“Aidil cakap Kinah sangat-sangat berbakat. Kak percaya sebab kak memang layan cerita Kinah dulu. You and the whole family memang keluarga talented.

“Thanks for your kind words adik. Best of luck to you and team. Alhamdulillah, semoga makin maju sayang selepas drama ini trending Amin, Alhamdulillah…,” balas Fasha.

“Aduh Kinah, bocor rahsia mohor besar ni. Thank you beb, banyak share ilmu untuk menjayakan watak En Norman.

“Really appreciate. Emma memang awesome dalam Sujud Terakhir Encik Norman,” reaksi Aidil pula.

Sujud Terakhir Encik Norman dijangka ditayangkan sempena Ramadan ini di saluran Astro.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH