Tahun 2018 merupakan tahun yang menyedihkan buat VIP (peminat Big Bang) apabila tiga ahlinya, G-Dragon, Taeyang dan Daesung memasuki latihan ketenteraan Korea Selatan.

Sebelum itu, ahli tertua grup itu, T.O.P terlebih dahulu memasuki tentera serta terpalit dengan skandal.

MH difahamkan bahawa satu-satunya ahli yang tinggal, Seungri dikhabarkan ingin mengikuti jejak langkah ahli kumpulannya setelah tamat mempromosikan album solonya.

Namun begitu, pagi tadi media Korea Selatan melaporkan bahawa Seungri mengumumkan akan membuat ‘comeback’ awal Julai ini diikuti dengan konsert jelajah solonya bermula Ogos ini.

IKLAN

Perkara tersebut turut diumumkan oleh Seungri sendiri menerusi Instagram miliknya.

“Seungri solo tour 2018! It will come out in a style that exceed expectation!” tulisnya.

Seungri [Big Bang] Umum ‘Comeback’, Bakal Adakan Konsert Jelajah Solo?

Tentunya, perkara ini amat dinanti-nantikan oleh semua VIP memandangan hanya Seungri sahaja ahli yang masih aktif.

IKLAN

Sementara itu, para peminat sangat gembira dengan berita tersebut dan berharap agar konsert tersebut akan datang ke negara mereka.

Seungri [Big Bang] Umum ‘Comeback’, Bakal Adakan Konsert Jelajah Solo?

IKLAN

Seungri [Big Bang] Umum ‘Comeback’, Bakal Adakan Konsert Jelajah Solo?

Pada MH, tentu juga VIP Malaysia mengharapkan dapat melihat kemunculan ahli Big Bang di Malaysia, tahun ini setelah G-Dragon dan Taeyang, tahun lalu.

sumber: IG Seungri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI