Berita mengenai pengetua sebuah pusat tahfiz yang ditahan kerana dipercayai meliwat sembilan orang anak muridnya kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Terbaru, pengacara yang popular menerusi program Jalan-jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman meluahkan rasa geramnya terhadap isu tersebut dengan menyifatkan mereka yang berilmu bukan maksum sama sekali.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh Nazrudin menerusi sebuah entri di laman Twitter miliknya yang dikemas kini.

IKLAN

“Kalau seorang mudir sanggup membangsatkat diri, mencabul anak didik sendiri, serban di kepala takkan ku percaya lagi.

“Child marriage, pedophilia, molestation. Tiba masa ummah kita rapatkan saf. Bebaskan diri dari persepsi, mereka yang berilmu BUKAN maksum sama sekali,” tulisnya.

Sementara itu, Nazrudin atau lebih sinonim dipanggil Naz turut menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama menentang isu perkahwinan kanak-kanak, pedofilia dan cabul.

Ketika diberi tahu isu ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, ini respon daripada pengacara tersebut;

IKLAN

“Saya tak ambik pot apa ‘species’ mereka kat luar negara.

“I care about the serban-wearing munafiq who run unregulated institutions, molesting children in buildings that have no certification, when they’re supposed to keep them safe, above all,” katanya lagi.

Katanya, dia tidak kisah tentang apa yang berlaku di luar negara, kerana yang membimbangkannya ketika ini adalah individu berserban putih yang mencabul anak muridnya di sebuah sekolah yang tidak mepunyai sijil kelulusan.

IKLAN

Ternyata berita seperti ini nyata mengejutkan ramai pihak kerana si pelakunya datang daripada golongan yang dipandang mulia tetapi tetap melakukan perkara terkutuk ini.

Semoga individu tersebut mendapat hukuman yang setimpal.

Foto: Twitter Nazrudin Rahman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI