Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-23 tahun, bintang Instafamous Beby Tora Tora pasang impian untuk memiliki rumah dan anak.
Menerusi entri terkini Beby atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie di Instagram, dia mengakui hampir semua impiannya sudah tercapai namun masih berpeluang untuk memiliki rumah dan anak sendiri.
“happy birthday to me yang ke 23 tahun ..smua impian dh tecapai kcuali 2 benda jaa …
*rumah sendiri *anak sendiri,” tulisnya.
Ads
Meski tidak memilik rumah dan anak sendiri, Beby meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi orang yang sentiasa menyayangi dirinya.
“moga tahun depan Allah makbulkan doaku amin sntiasa besyukur dngn apa yang dikurniakan dn dikelilingi orang yg trsayang #sorrytakdagambabaruhehe,” tulisnya lagi.
Selepas menerima sambutan diluar jangkaan, drama rantaian popular, Kampung People bakal kembali menerusi musim terbaru.
Difahamkan drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu kini sedang giat menjalani proses pengambaran.
Terbaru, drama Kampung People kembali menjadi sebutan ramai selepas pelakon utama, Elly Mazlin dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu lakonan Rashidi Ishak yang dilihat sama seperti salah satu babak di dalam musim yang pertama.
Foto tersebut nyata mengungdang rasa teruja di hati ramai pihak.
“Rindu tak dengan keloge Pak Abu? A K A N D A T A N G,” tulisnya.
Entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi juga menerusi platform yang sama.
Dalam pada itu, posting yang dimuat naik oleh Elly yang membawa watak sebagai Mona itu telah pun meraih lebih 70,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan keterujaan selain turut tidak sabar menantikan sambungan drama tersebut.
Selain mengekalkan gandingan lama seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana dan Hun Haqee, Kampung People musim ke-2 turut bakal menampilkan beberapa muka antaranya penyanyi dan pelakon komedi, Adibah Noor.
Sumber: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular, Fasha Sandha akui rindu untuk menonton wayang selepas beberapa bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang wabak pandemik Covid-19.
Kongsi figura cantik itu, dia teruja apabila Facebook rasmi GSC Cinema memuat naik status terkini.
“I come with girlfriend/boyfriend, cannot sit together meh?” “I come with my friend, can sit together ah?” “From same house, cannot ah?” “Can sit on my lap ah?” HELLO. CANNOT,”tulis laman Facebook rasmi GSC Cinema.
Lantas, perkara itu telah menarik minat pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa untuk memberikan reaksi.
“Hello July! Bismillahirahmanirahim July Please be nice to us… Yeay hari ni dapat gambaq ni, rinduuuuu nak pegi cinema…
“Siapa rindu nak tengok wayang, rindu nak p masjid , macam kami? Have a good day Kesayanganku,” tulisnya.
Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan penganjuran majlis sosial seperti majlis kenduri, majlis perkahwinan, majlis keagamaan, reunion dan majlis hari jadi adalah dibenarkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.
Bagaimanapun, penganjuran majlis sosial tersebut perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.
Mereka juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai penutup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan mengamalkan penjarakan sosial.
Penyanyi Ijam Majid atau nama sebenarnya, Mohd Norhizam Abdul Majid mengakui produksinya terpaksa menangguhkan hasrat bagi melancarkan single baru sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kalau diikutkan perancangan, single terkininya yang berjudul Permainanmu itu sepatutnya dilancarkan Mac lalu.
Reda atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang ini kini giat mempromosikan kembali single berkenaan, sejurus fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.
Terdahulu, lagu Permainanmu yang bergenre rock balada itu yang dicipta oleh Hery Sejagat.
“Sepatutnya lagu Permainanmu mahu dilancarkan pada Mac, bagaimanapun ia terpaksa dianjakkan kepada bulan lalu atas situasi semasa.
“Mujur, media sosial menjadi antara platform untuk mempromosikan lagu ini di kalangan pendengar.
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima begitu baik dan yang penting kini, saya giat menambah kelompok peminat baru,” katanya kepada MH.
Mahu memberi kepelbagaian dalam aliran muzik semasa agar tidak terlalu terbatas dengan lagu balada cinta semata, Ijam optimis mahu mengetengahkan genre rock dalam setiap lagu yang dinyanyikan.
“Saya pernah tampil dengan single genre rock berjudul Pejuang Cinta setahun yang lalu. Sebelum ini, iramanya lebih ‘fast’ dan agak ‘keras’.
“Akan tetapi menerusi Permainanmu, saya muncul dengan sesuatu yang lebih perlahan iaitu pop rock. Kiranya elemen rock itu masih lagi ada.
“Sebab saya percaya pencinta muzik juga dahagakan kepelbagaian dalam lagu dan inilah yang saya cuba ketengahkan,” katanya lagi.
Selain aktif menyanyi, Ijam terlebih dahulu turut terlibat di dalam dunia lakonan dan pernah membintangi beberapa buah drama tempatan sejak 13 tahun lalu.
Antara drama-drama lakonannya termasuklah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.
Cuma sejak beberapa tahun lalu, Ijam beri fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula tiga tahun lepas.
“Dahulu saya ‘tinggalkan’ dunia lakonan kerana mahu beri komitmen terhadap nyanyian dan bisnes keluarga.
“Kini semuanya sudah pun stabil dan andai ada ruang untuk berlakon selepas ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya,” akhiri Ijam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.