Pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengharapkan agar isteri pertama yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin boleh berbincang dan berbaik menerusi proses penyelesaian melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) seperti diputuskan Mahkamah Syariah bermula hari ini.

Terdahulu, Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kira-kira jam 9.35 pagi, disusuli Puteri Sarah sambil ditemani adik perempuannya, Raja Sofea, kira-kira sejam kemudian.

“Hari ini, kami jalani proses JKP. Semoga daripada sesi ini, Sarah boleh berbaik dan berbincang dengan saya.

“Saya difahamkan Sarah ditemani ahli keluarga. Tidak tahu lagi macam mana, doakan yang terbaik dan kita jumpa selepas ini,” katanya kepada pemberita sebaik tiba di perkarangan JAWI, pagi tadi, lapor Berita Harian.

Terdahulu pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

IKLAN

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

IKLAN

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

IKLAN

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai adalah sudah tidak ada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri, menurut hukum syarak.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI