Pelakon Nora Danish sempat menitipkan ucapan buat aktres, Fasha Sandha yang bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua, tidak lama lagi.

Nora mendoakan kebahagiaan di dunia dan akhirat buat Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 itu.

“Kepada Nur Fasha Sandha, selamat melangsungkan perkahwinan. Semoga kekal hingga jannah, jadilah isteri yang baik dan alhamdulillah.

“Kami semua mendoakan semoga awak bahagia dunia akhirat,” katanya selepas ditanya pihak media.

“Semoga Awak Bahagia Dunia Akhirat,” – Berkahwin Tak Lama Lagi, Ini Ucapan Nora Danish Buat Fasha Sandha

IKLAN

Terdahulu, Nora ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi istimewa, Jovian x Oh Most Wanted di Shah Alam, pada Jumaat.

Berkongsi mengenai projek istimewa tersebut, Nora berbesar hati apabila dapat bersama-sama berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal itu.

“Sudah pasti kami di Oh Most Wanted rasa bangga dan terharu dengan kerjasama ini, apatah lagi bersempena dengan musim perayaan yang akan datang.

IKLAN

“Sebagaimana kita tahu, jenama Jovian sendiri itu sudah besar dan apabila berpeluang terlibat dalam edisi terhad menggabungkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan lip cream ini, kami mengharapkan projek yang diusahakan sukses dan diteruskan pada masa depan insyaAllah,” katanya kepada MH.

“Semoga Awak Bahagia Dunia Akhirat,” – Berkahwin Tak Lama Lagi, Ini Ucapan Nora Danish Buat Fasha Sandha

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Nora kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 15 episod, Imann yang bakal bersiaran Ramadan ini di saluran Astro Oasis.

Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Remy Ishak dan Fendy Bakry.

Foto: Instagram Nora Danish, Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI