
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima memberikan pendapat berkenaan dengan kehadiran ke sesebuah acara, seperti jika ada situasi membabitkan kematian atau kenduri di majlis raja sehari.
Menurut Erma, kehadiran individu ke majlis tertentu difikirkan sebagai tanda sokongan dirasakan sesuatu yang baik.
“Setahu akulah, ziarah orang meninggal dan hadir kenduri ini sesuatu yang baik. Kita saling mendoakan untuk kebaikan.
“Ni tidak, selebriti yang hadir majlis nikah Fattah dan Amira ini macam rombongan Global Sumud Flotilla (GSF).
“Dewan kahwin tu macam kena kepung. ‘Bersepah’ peluru macam sampah ‘tembak’ rombongan yang pergi ni,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.
Bagaimanapun, Erma menegaskan semua itu langsung tidak memberi kesan kepadanya mahupun kepada tetamu lain yang hadir.
“Tapi setakat ‘peluru sampah’ tu, kita orang sama juga macam rombongan GSF tempoh hari.
“Kami hanya menikmati moment. Ala, setakat serangan langau acah-acah sahaja tu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Erma supaya tidak menghiraukan kecaman tersebut. Antara komen mereka termasuk;
“Jenis yang tak boleh tengok orang bahagia, begitulah. Yang pergi semua pakai lawa-lawa dan bergembira meraikan hari bahagia pengantin. Tiba-tiba ada yang sakit hati.”
“Terbaik kak. ‘Bekas tunang’ yang sangat supportive. Orang tak matang memang begitu. Sesuai jadi langau sahaja.”
“Terbaik. Hanya orang-orang yang hati bersih dan baik hati sahaja yang nampak kebenaran.”
“Biasalah manusia ini, memang ada kadang-kadang yang busuk hati.”
Untuk rekod, Erma antara rakan selebriti yang hadir ke majlis resepsi ketiga Fattah dan Amira yang diadakan di Melawati Convention Center, Ampang
, baru-baru ini.Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini