Penyanyi cilik Ben Ladin menyifatkan ketika ini adalah masa yang sesuai untuknya kembali aktif didalam dunia nyanyian meskipun harus menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini.

Katanya, dia sudah mendapat persetujuan daripada ibu bapanya terlebih dahulu dan juga telah mengatur jadualnya demi kerjaya dan pelajaran.

“Saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya kembali aktif dalam bidang nyanyi dan saya rasa tiada keperluan untuk saya menunggu lagi.

 

“Bagi saya semua ini langsung tidak menganggu pelajaran saya kerana saya pun sudah tiga tahun ‘home school’ dan saya rasa ia tidak menjadi masalah kepada saya,” katanya kepada MH

Jelas penyanyi lagu Hikayat Ben Ladin ini, ‘home school’ menjadikan masanya lebih fleksibal dan mudah diatur jika ingin dibandingkan dengan sekolah harian biasa.

IKLAN

Dalam pada itu, Ben turut berpendapat selain menumpukan perhatian di dalam pelajaran, seseorang pelajar itu haruslah bijak untuk mencari sumber kewangannya sendiri.

IKLAN

“Pada saya pelajaran itu penting dan kita tidak boleh hanya fokus kerja sahaja tapi kita kena seimbang.

 

“Contohnya kalau kita ni pelajar sepenuh masa, kita juga mestilah pandai mencari pendapatan kita sendiri kerana di dalam dunia ini segalanya memerlukan wang,” katanya lagi.

Terdahulu, Bin meluahkan rasa syukur kehadrat Illahi apabila lagu Hikayat Bin Laden telah berjaya mendapat lebih 11 juta tontonan di laman Youtube selepas 61 ia ditayangkan.

IKLAN

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI