Sarah Raisuddin baru-baru ini memuat naik perkongsian memorinya bersama suami, Shuib Sepahtu menerusi Instagram. Perkongsian yang sehinggak kini mendapat lebih 23,000 tanda suka itu menyentuh hati peminat, apatah lagi ia seakan memberi gambaran terhadap survival kehidupan mereka sebelum bergelar suami isteri.

Kongsi penyanyi lagu Semakin ini, dia teringat suaminya itu ada bertanya sama ada dia sanggup untuk bersusah-sudah bersama.

IKLAN

“saya teringat sebelum kami menikah .. @shuibsepahtu pernah tanya.. sanggup ke u nak bersusah2 hidup dengan i ? 
Jawapan saya.. TIDAK !

 

“Sekiranya u sayang dengan i , u takkan sanggup tengok isteri dan anak2 you susah.. u akan lakukan sedaya upaya untuk bagi keluarga u senang terutama ibu u , isteri dan anak2.. ( jawapan gertak je tu),” tulis Sarah.

Menerusi kapsyen seterusnya, bintang berkenaan menulis pada hakikatnya, dia merupakan individu yang sering ada sewaktu suaminya dalam waktu sukar.

IKLAN

“Tapi pada hakikatnya im the one yg berada dengan die disaat die susah.. kalau u jatuh i akan cuba angkat u ke atas, disaat die tak yakin melakukan sesuatu.

 

“Saya akn buat die percaya bende yg tak mungkin die capai akan tercapai bila kita Percaya pd diri sendiri disamping sokongan insan yg tersayang,” akhiri Sarah menerusi posting terhadap foto salah satu adegan drama tantaian, Halalkan Hati Yang Kucuri itu.

 

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI