Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein akui dia dan suami, Mohamad Azlan Che Noh ada merancang untuk berbulan madu di London tidak lama lagi.
Mengikut perancangan, keduanya akan ke sana menjelang musim cuti persekolahan beberapa bulan lagi.
“Jadual saya penuh hingga bulan Julai. Akan tetapi insyaAllah kami ada merancang untuk bulan madu pada Mac depan. Tapi kami pergi bulan madu bukan berdua ya.
“Kami akan pergi bertiga, tak kan tinggalkan anak.
“InsyaAllah kita akan ke London, sepanjang musim sekolah. Tapi itu adalah perancangan sahaja,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata, Azlan yang bertugas sebagai guru mewakili isterinya, tidak menolak rezeki zuriat andai dikurniakan awal.
“Perancangan zuriat pula, kalau segera okaylah,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai hal tersebut memandangkan jadual seni penyanyi Bungaku Bakawali itu penuh sehingga Julai, bintang itu memberitahu dia awal-awal sudah memaklumkan sebarang kemungkinan kepada pihak produksi.
Ads
“Jujurnya, saya sudah ada beritahu dengan pihak produksi yang terlibat, sekiranya saya hamil pastikan skrip itu ada melibatkan saya mengandung.
“Saya sudah maklumkan awal-awal kepada produksi yang akan saya sertai nanti dan setakat ini, tiada masalah,” jelasnya.
Ads
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Sebelum ini, Elly mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4.
Kemudian keduanya berpisah pada 15 Oktober 2015.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja diraikan dalam majlis sambut menantu belah pihak lelaki di Kuala Krai, Kelantan, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein berkongsi foto sekitar majlis sandingnya di kampung halaman suami, Mohamad Azlan Che Noh.
Malah pengantin baru ini turut mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen sejurus majlis selesai, termasuk ‘acara sental kuali’ selepas majlis.
“Agitchuuuuuu .. ko ade cuci koli beso dkat kg karangan.. tapi selipar tu .. selipar tu..x nak kalah, dikkkkk,” kongsinya.
A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on Jan 28, 2020 at 7:29pm PST
Terhibur dengan apa yang dikongsi Elly, netizen memberikan reaksi di ruang komen dan menyatakan inilah realiti Kampung People, drama popular lakonannya bersama Rashidi Ishak, Riena Diana dan Hun Haqeem.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 29, pada 17 Januari lalu.
Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4.
Mereka kemudiannya bercerai pada 15 Oktober 2015.
Foto : Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nabila Razali atau nama sebenarnya, Nor Nabila Mohd Razali akui tahun 2019 telah banyak memberi pengajaran buat dirinya.
Malah kongsinya lagi, sokongan ramai termasuk dari keluarga dan peminat turut memberi semangat buatnya untuk lebih terus maju.
“Tahun 2019 banyak yang Nabila belajar terutama sekali mengajar saya untuk banyak bersabar dalam banyak perkara.
“Pada tahun ini, banyak yang sentiasa menyokong seperti keluarga, peminat dan saya rasa dengan adanya mereka membuatkan saya terus mahu maju ke depan,” kongsi penyanyi lagu Pematah Hati ini.
Di samping itu, penyanyi berusia 27 tahun ini mengharapkan agar kisah sensasi melibatkan dirinya kurang diperkatakan tahun ini.
“Harap untuk tahun 2020 setiap hasil kerja saya dapat ditingkatkan mutu dan kualiti.
“Di samping itu, saya juga harap tahun ini dapat kurangkan gimik atau kontroversi.
“Malah berharap sangat dapat memberikan impak yang baik, mesej yang positif kepada semua pada tahun mendatang,” harapnya optimis kepada MH.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Vroom Vroom ini ditemui pada MH di Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang kini giat membina kerjaya di negara seberang turut terkesan dengan nasib mangsa banjir yang berlaku di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Lalu, pelakon berusia 27 tahun ini menitipkan doa buat mangsa banjir di kota besar serta kawasan sekitar agar terus tabah dalam menghadapi dugaan.
“Salam takziah buat teman2 di Jakarta & sekitarnya. Yana cuma boleh doa dari jauh buat kesejahteraan kalian.
“Adakah keadaan banjirnya masih parah sehingga sekarang? #prayforjakarta,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen turut mendoakan agar mangsa banjir dalam keadaan selamat dan baik.
Sekadar informasi, ibu negara Indonesia itu dilanda banjir semenjak 4 hari yang lalu dan telah menjejaskan kira-kira 30 juta penduduk daripada beberapa daerah di Jakarta.
Video: Instagram Uyaina Arshaad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.