Menerusi episod Mingguan Wanita minggu lalu yang menampilkan pelakon, Elfira Loy bersama ibu, Filzah binti Yusoff menerusi topik ‘Kerana Ibu Kuturutkan’, dua beranak ini saling mendedahkan rahsia perasaan serta hubungan ibu dan anak.
Jelas Elfira yang mesra disapa El, awalnya dia ada kala rasa marah apabila terpaksa menurut kehendak si ibu, namun dipendamkan dalam hati.
“Ada kalanya saya marah juga dengan keputusan ibu, namun saya pendamkan. Tetapi apabila satu demi satu hikmah yang muncul. Keputusan ibu adalah yang terbaik.
“Namun apabila difikirkan semula, saya lebih suka dimarahi ibu kerana secara tidak langsung kita akan tahu apa yang betul dan salah,” jelasnya sejurus ditanya hos.
Sebak mengenang pengorbanan ibu yang tidak terbalas jasa, pelakon ini mengakui gementar dan takut tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu yang baik kepada anaknya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Apabila menjadi seorang ibu, setiap ibadah yang dibuat, bukan lagi untuk dirinya semata tetapi untuk anak-anak. Apabila ibu bangun pagi untuk solat, ibu laksanakan demi berdoa untuk anak-anak.
Ads
“Saya tahu nanti semuanya akan berbalik kembali apabila dia sudah tiada. Kita akan mendoakan untuknya di sana.
“Sekarang saya lebih terasa kerana bakal menjadi seorang ibu. Apabila disoal apa yang paling ditakuti, saya takut bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik sebagaimana ibu saya.
“Bagaimana ibu berkorban masa demi anak-anak. Bayangkan kita untuk solat untuk diri sendiri pun susah, jadi macam mana seorang ibu mampu lakukan semuanya, berdoa untuk anak-anak.
“Saya rasa itu pengorbanan yang paling besar,” tuturnya sambil mengalirkan air mata.
Ads
Dalam pada itu, ibu Elfira, Filzah mengakui ada ketika anak-anak jarang meluangkan masa untuk telefon meski walau sekadar berbual kecil.
“Kami sering Whatsapp namun kadang kala tersentak juga hati mengapa anak-anak jarang telefon.
“Ibu bukannya mahu apa-apa, cukuplah telefon bertanya khabar, bukan hanya berbual menerusi aplikasi Whatsapp.
“Dan selalunya saya akan membuat keputusan untuk anak. Naluri ibu kuat kerana kita ikhlas menjaga anak, namun kita tidak tahu bagaimana pula nanti anak menjaga kita,” celahnya sambil ketawa kecil.
Ads
Terdahulu, Filzah mengakui dia mengongkong anak-anak kerana bimbang andai anak lupa diri.
Malah kongsinya lagi dia lebih gemar untuk berkongsi perasaan bersama anak-anak agar mereka memahami apa perasaan hati si ibu ketika itu, sama ada merajuk atau sebaliknya.
Mingguan Wanita bersiaran dari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 tengahari menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Foto : Youtube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.
“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.
“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.
Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.
Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Nur Hayati Tahir mengimbau kembali video pertamanya yang mula mendapat perhatian ramai.
Mengisahkan perihal si penghutang yang cuba untuk ‘lari’ dari bayar hutang, video tersebut telah menjadi tular pada Julai 2017.
Gadis viral yang berasal dari Besut, Terengganu ini menggunakan loghat unik telah banyak menghasilkan video gurauan tetapi sarat dengan mesej dan dekat dengan kehidupan masyarakat.
“Hutang uuuiii.. Ni ke parody pertama yang angkau semua tengok dulu ui ? Siapa kenal akoo melalui parody ni ? Atau parody sigkenal ? Yom la kita throwback balik er , Herherher.. #hutang #2017 #taekgigi #uuuiii#herherher,” tulisnya.
Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram, Hayati juga pernah dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program Motif Viral.
Selain mendapat pujian, tidak kurang juga yang mengecam, tetapi dia hanya berfikir positif kerana ada komen memberi nasihat yang tidak menjatuhkan dirinya serta tidak menghalangnya untuk terus berkongsi video.
Pelakon Idzham Ismail menegaskan bahawa dia tidak terlalu menonjolkan kasih sayang bersama isteri, Siti Nur Abilah di Instagram.
Sebaliknya, ia sebagai satu inspirasi kepada masayrakat di luar sana agar sentiasa menyanyangi antara satu sama lain sebagai teman hidup.
“Pernah ada orang DM (using Fake Account Of course) tanya saya, Tak payah nak acah acah happy lah dengan wife selalu, mana ada orang happy selalu dalam marriage.
“Saya tak layan tapi saya nak post disini sebagai satu inspirasi kepada yang lain. Kita disajikan dengan pelbagai medium yang mudah kita berinteraksi samada secara terus atau secara separa terus. Berbalik kepada niat kita untuk kita guna medium media social ni untuk apa,” tulisnya.
Malah, pelakon filem Juvana ini mengakui bahawa tidak semua rumah tangga sentiasa indah, sebaliknya ada juga ‘turun naiknya’.
“Siapa cakap saya tak pernah gaduh dengan wife? Siap karate lawan MMA lagi tau. Tapi saya pilih untuk post every happy moment untuk saya tatap, dan merindui moment bersama isteri yang happy happy disaat saya ada rasa marah. Membantu saya untuk lebih salahkan dan perbetulkan diri jika ada ketidakfahaman.
“Saya memilih untuk menyebarkan positivity kepada semua, secara tak langsung ia akan berbalik kepada saya juga. Saya memilih untuk memberitahu update tentang kerjaya dan family life yang happy dan terpilih sahaja.
“Kita ada medium yang boleh kita beritahu satu dunia menggunakan jari, kita yang tentukan content dan vibe yang kita nak sebarkan. Jadi kenapa pilih jalan hitam? Kenapa pilih negativity, kenapa pilih kebencian?
“We are what we believe we are, we choose what we looks like. Alhamdulillah kebanyakan suka dan menerima secara positive apa yang saya sampaikan. Thank you semua yang sentiasa menyokokong dalam semua aspek,” tulisnya lagi.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.