Berita

Sedondon Berbusana Putih, Pelakon & Hos Anis Al Idrus Kembali Bergelar Isteri

Share

Tahniah diucapkan kepada pengacara Anis Al Idrus yang telah menamatkan status solo dan kembali bergelar isteri setelah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya pada pagi Sabtu.

Difahamkan, Anis dilaporkan mendirikan rumah tangga bersama lelaki asal Brunei di dalam sebuah majlis yang berlangsung di Shah Alam.

Repost Momen Indah

Berita perkahwinan itu disahkan sendiri oleh Anis apabila dia ulang hantaran (repost) di Instagram Stories yang memaparkan momen daripada rakan-rakan serta ahli keluarga yang menghadiri majlis raja sehari itu.

Dinikahkan oleh bapanya sendiri, Anis difahamkan menerima mas kahwin sebanyak 300 dollar Brunei.

Imbas kembali, Anis atau nama sebenarnya, Sharifah Anis Syed Zainal, 37, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aiman Rafzan pada 7 Julai 2017 namun bercerai pada 2022.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH