Sedia Bedepan Kecaman, Penyanyi Muda Berusia 15 Tahun Ini Ingat Pesanan Fazura

Penyanyi muda, Harissa Adlynn Halim tidak mahu menjadikan usia sebagai alasan utamanya untuk terus mencapai cita-cita mahu bergelar penyanyi, meski keutamaannya kini terhadap akademik.

Kata bintang berusia 15 tahun itu lagi, dia turut menjadikan pesanan ibu bapanya sebagai prinsip dalam hidup untuk berjaya.

“Saya sedar ketika ini pasti ramai yang meminta saya untuk beri perhatian penuh terhadap pengajian, memandangkan usia saya baru mencecah 15 tahun. Bagaimanapun saya percaya jika ada kesungguhan dan masih boleh seimbangkan antara keduanya, kita pasti akan ke belakang.

 

Malah, ibu dan bapapun ada beri pesan kalau mahu jadi penyanyi, saya juga perlu bagus dalam keputusan akademik.

 

“Setakat ini semuanya berjalan lancar dan harapkan situasi ini akan kekal sampai bila-bila. Saya minat jadi penyanyi dan pada masa sama, saya juga berangan-angan untuk bertugak dalam bidang forensik suatu hari nanti,” kataya kepada MH.

Terdahulu, Harissa ditemui media sejurus majlis penjenamaan semula produk kesihatan, JSD dan pelancaran filem pendek ‘Kembali’ di Hotel Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut sama memeriahkan majlis ialah pelakon Afifah Nasir dan One (Forteen).

Ditanya mengenai sejauh mana persediannya untuk berdepan dengan pelbagai kritikan daripada netizen, Harissa mengakui perkara tersebut sudah pun dijelaskan syarikat pengurusannya.

IKLAN

“Kalau nak diikutkan, pada zaman sekarang setiap orang tidak terlepas daripada menggunakan media sosial dan pada masa, ada juga yang akan menjadi mangsa kecaman, kritikan dan sebagainya khususnya selebriti. Saya rasa sudah bersedia sebab selagi ia tidak memberikan kemudaratan terhadap diri saya, semuanya boleh dikawal.

 

“Malah saya bersyukur kerana mempunyai pihak pengurusan yang baik. Pada sama sama, saya juga perlu jaga dan lebih berhati-hati dalam apa saja yang dilakukan selepas ini,” ujarnya yang turut menjadikan Fazura dan penyanyi antarabangsa, Lady Gaga sebagai sumber inspirasi dalam seni

Jelas Harissa, pada peringkat awal dia kagumi muzik yang dibawa Michael Buble. Bagaimanapun kini, dia mulai kagumi Rihanna dan Lady Gaga atas tiket personaliti dan muzik yang dibawa mereka.

Malah, penyanyi lagu tema di majlis perkahwinan Fazura dan Fattah Amin ini juga turut mendapatkan nasihat daripada aktres tersebut demi kerjaya seninya yang baru saja bermula.

IKLAN

“Kak Fazura pernah beritahu saya, jika serius nak jadi penyanyi, perlu usaha dan usah ambil peduli kata orang. Lakukan apa yang kita minat dan kalau kritikan yang diberikan baik, jadikan sebagai panduan. Begitu juga sebaliknya,” kata Harrisa optimis. 

Dalam perkembangan lain, Harissa kini giat mempromosikan single pertamanya,Aku Sayang Kamu turut dimuatkan dalam album runut bunyi drama Wanita Terindah selain diangkat menjadi lagu tema pernikahan Fazura dan Fattah Amin.

Foto: Instagram Harissa Adlynn Halim/ Fazura