Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi cerita tentang situasi yang dialami ketika ingin makan bersama anak serta pembantu rumahnya di sebuah restoran di ibu negara.

Kongsi Rebecca, pihak pengurusan di premis terbabit tidak membenarkan dirinya makan bersama anak serta pembantu rumahnya di satu meja makan yang sama.

Mengakui keliru dengan perkata tersebut, bintang cantik ini turut memohon peminat untuk memberi penjelasan atau berkongsi mengenai pandangan berhubung situasi yang berlaku.

“Teringin nak tahu. Siapa Yg tahu jawab And comment please. Bertarikh hari ni #21022021.

“Saya Yg tak tahu And Salah Ke?? Atau adik pekerja mungkin tak tahu?

“Meja ni meja besar Utk duduk 4 orang,Tapi diSebabkan PKP skrg ni ,Meja Ni hanya Boleh duduk 2 orang sahaja…
(KataAdikNi) (DiaManagerDiSini).

IKLAN

“So,Soalan Saya, pembantu saya Yg tudung biru duduk situ,Dan saya nak duduk berdepan dengan dia tapi belah hujung.

“Dan anak saya baby @ahmetreaggan baru 2 tahun duduk dalam Stroller.

“So maknanya Yg duduk di meja makan hanya Saya Dan Pembantu la. Dan adik ni kata Tak boleh,” kongsinya.

Bekas peserta Dewi Remaja sezaman Scha Alyahya ini menyambung persoalannya.

IKLAN

“Sedangkan Anak Saya duduk di Stroller Dan Bukan Di Meja..Maknanya seperti diKira Satu Meja dah 3 Org,tak boleh.

Aduhhh saya confuse dah Help
#mummybecca #21022021
#Johnny’s TimeSquare,” tulisnya lagi.

“Sedangkan Anak Saya Duduk Di Stroller Dan…” – Keliru Syarat Hanya 2 Orang Dibenarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Datin Rebecca Mohon Penjelasan“Sedangkan Anak Saya Duduk Di Stroller Dan…” – Keliru Syarat Hanya 2 Orang Dibenarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Datin Rebecca Mohon Penjelasan

IKLAN

“Sedangkan Anak Saya Duduk Di Stroller Dan…” – Keliru Syarat Hanya 2 Orang Dibenarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Datin Rebecca Mohon Penjelasan

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memberi kebenaran kepada pemilik gerai atau restoran menerima pelanggan untuk makan dalam premis dengan jumlah maksimum dua orang pada setiap meja bermula 10 Februari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan tiada lagi had jumlah orang untuk makan dalam premis namun harus mengikut keluasan meja yang bersesuaian serta mengamalkan penjarakan 1 meter antara pelanggan, bermula 19 Februari.

“Sedangkan Anak Saya Duduk Di Stroller Dan…” – Keliru Syarat Hanya 2 Orang Dibenarkan ‘Dine In’ Di Restoran, Datin Rebecca Mohon Penjelasan

Foto: Instagram Rebecca Nur Al- Islam, MKN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI