Baru-baru ini, pelawak dan usahawan Shuib telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Selasa.

Rancangan tersebut telah membincangkan topik ‘Manjakan Isteri Ikut Rasulullah’ bersama para penonton bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul 1443 Hijrah.

“Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah “Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah

Menerusi perkongsian yang diadakan secara maya, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkongsi cerita kisah rumah tangganya bersama dengan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Pada ketika di awal fasa perkahwinan, bapa kepada empat orang cahaya mata ini mengakui berasa janggal dan terpaksa untuk memanjakan isterinya, sebelum ini.

“Saya ni kalau nak ceritakan pasal arwah ni, orang nampak macam saya yang memanjakan dia tapi sebenarnya pada awalnya saya merasakan macam saya terpaksa memanjakan dia sebab di awal perkahwinan tu saya rasa manja dia tu macam lain sangat.

IKLAN

“Sebagai seorang lelaki budak kampung, saya rasa tak tahu macam mana nak manjakan dia dan lagi satu saya ni anak tunggal jadi saya dah biasa sendirian, keluarga itu tidak besar jadi bermanja-manja tu kurang dalam keluarga saya.

“Jadi saya rasa benda tu mula-mula agak janggal, tapi lama-kelamaan saya cuba untuk memahami sifat isteri saya yang sangat manja. Jadi itu sifat dia dan lama-kelamaan saya pun dah terbiasa,” luahnya.

“Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah “Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah

Dalam pada itu, Shuib berkata sebagai seorang suami harus memanjakan isteri untuk melahirkan keikhlasan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

IKLAN

“Selepas sudah menjadi kebiasaan untuk memanjakan isteri, saya rasa mungkin bila kita selalu memanjakan isteri secara automatiknya ikhlasnya kepada kita lebih tinggi.

“Jadi dari situ mungkin cara dia mendoakan saya, sanggup hidup bersama dengan saya walaupun pada masa itu saya susah, dia tak kisah dan lalui hidup itu bersama-sama dengan saya.

“Walapun pada awalnya saya rasa terpaksa untuk manjakan dia, tapi lama-kelamaan keikhlasan itu hadir,” katanya.

“Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah “Sebagai Lelaki Budak Kampung, Saya Rasa Tak Tahu Macam Mana Nak Manjakan Dia…,” – Shuib Teringat Memori Indah Fasa Awal Kahwini Arwah Siti Sarah

IKLAN

Terdahulu, Sarah yang telah disahkan positif Covid-19 terpaksa ditidurkan sebelum menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungannya yang mencecah usia tujuh bulan lebih awal, pada 5 Ogos lalu.

Kemudian, Sarah menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 5.13 pagi, 9 Ogos.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Foto: Instagram Shuib, Siti Sarah

https://www.youtube.com/watch?v=-aT5qgRJJrk

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI