
Perkongsian terkini daripada suami kepada penyanyi Syura Badron, iaitu Muhammad Farizat Ismail, di Instagram awal pagi tadi mencuri perhatian ramai.
Farizat memaklumkan, isterinya kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah hospital.
“Cepat sembuh sayang. Abie tahu sayang seorang wanita yang kuat!
“Mohon semua ahli keluarga, sahabat dan kenalan doakan Syura cepat sembuh seperti sedia kala,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi hantaran di Insta Stories, Farizat turut berkongsi gambar pintu masuk ke unit HDU, sambil memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat isteri tercinta.
“Sekarang Syura masih di HDU (High Dependency Unit). Mungkin doa kalian diangkat.
“Mohon doakan Syura sembuh jauh dari segala penyakit,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Farizat turut memuat naik gambar tangan Syura yang sedang menerima rawatan, sekali gus berkongsi keadaan terkini penyanyi berkenaan.
“Sayang kuat!! Abie tahu!! Cepat sembuh okay! Abie rindu dah gonjol awak tu sayang,” tulisnya lagi.
Setakat artikel ini ditulis, punca sebenar dan keadaan terkini
penyanyi yang popular dengan lagu Nazam Berkasih itu masih belum dapat dipastikan.Dalam pada itu, peminat kini mula memenuhi ruangan komen dengan menitipkan ucapan serta doa, berharap agar Syura segera sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini