
Pelakon dan usahawan, Eira Syazira menepis khabar angin yang mendakwa sulungnya, iaitu Amarra Sofea Rose terlibat dengan kes buli di sekolah.
Menurut Eira atau nama sebenarnya, Syazira Sarimah Sakinah Almera Suhaimi, dia dan suami yang juga penyampai radio, Azad Jasmin tidak terkesan dengan tuduhan tersebut kerana ia tidak benar.
“Baru-baru ini, ada laporan berita yang mengatakan anak kepada penyampai radio didakwa membuli pelajar di sekolah. Secara tiba-tiba ramai mengaitkan nama saya dan Pak Azad.
“Bila mereka kata sebegitu, saya okay sahaja. Saya tidak membaca dan membalas pun komen-komen tersebut sebab pelakunya bukan Ammara.
“Saya tak melayan dan abaikan sahaja walaupun ramai yang forward berita itu kepada saya,” katanya kepada MH.
Eira berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media single terbaharu, Bawang Merah, Bawang Putih di Le Meridin Hotel, Putrajaya pada Isnin.
Menerusi single ini, Eira turut berduet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Maharani.
Dalam pada itu, Eira memberitahu dia ada bertanya kepada anaknya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan.
Eira bagaimanapun menjelaskan, dakwaan yang anaknya mengejek warna kulit pelajar terbabit tidak masuk akal kerana Ammara sendiri mempunyai tona kulit yang sama.
“Pada saya, dakwaan ini agak kelakar. Dalam berita tersebut, dia mendakwa pelajar itu mengejek warna kulit pelajar lain.
“Jadi, Ammara menjelaskan kepada saya, tak kanlah dia nak mengejek kulit orang sedangkan kulit dia juga sama. Kenapa pula nak ejek orang? Jadi, saya suruh abaikan sahaja.
“Dakwaan tersebut turut mengatakan pembuli sampai mahu mengasari mangsa,” kongsinya lagi.
Sebelum ini ada portal berita melaporkan mengenai seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui anak perempuannya didakwa menjadi mangsa buli di sekolah, membabitkan beberapa pelajar, termasuk anak kepada seorang penyampai radio terkenal.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini