Penyanyi terkenal, Ziana Zain,50, sah bercerai dengan Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, dengan talak satu tepat jam 2.48 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Ziana yang turut ditemani adiknya, Anuar Zain bersyukur kerana akhirnya, kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan cara baik.

“Saya Tiada Dendam,” – Ziana Zain, Armin Zaharin Berpisah Jua Dengan Talak Satu

IKLAN

“Saya sudah lama maafkan, saya tiada dendam. Saya bukan jenis begitu,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Berpisah Jua ini turut mengakui hanya mahu fokus terhadap anak-anak selepas ini.

IKLAN

“Saya tiada komen lanjut, apa pun yang paling penting adalah fokus kepada anak-anak.

“Minta dipermudahkan juga selepas ini segala urusan saya dan dia (bekas suami),” ujar Ziana yang tidak dapat menahan perasaan apabila lafaz cerai dilafazkan.

“Tangisan ini saya tidak boleh tafsirkan untuk apa-apa. Maafkan saya, tak boleh nak berikan komen lanjut” jelas Ziana.

Terdahulu, pada 3 April lalu, Ziana menfailkan tuntutan penceraian selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi berkenaan. Ikuti sedutan menerusi FB Live MH.

IKLAN

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155775853888435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI