Baru-baru ini, kecoh mengenai hubungan pelakon Ruhainies bersama atlet bola sepak, Safawi Rashid. Meski keduanya membuat kesimpulan bahawa keduanya kini hanya selesa pada fasa berkawan, namun rata-rata peminat memberi reaksi yang pelbagai.

Bagaimanapun, Ruhainies ketika ditemui MH turut memberikan kata sama, dia hanya berkawan dengan pemain bola sepak kebangsaan itu.

Baginya, tidak salah untuk berkawan asalkan jujur dan tiada sebab terselindung.

“Saya rasa bila ramai yang buat spekulasi, ia nampak ‘cute’. Kiranya ada peminat yang masih care dan sayangkan kita. Cuma itulah saya sudah pun beri penjelasan sebelum ini. Kami hanya kawan sahaja. Tak lebih daripada itu,” katanya juju.

Ditanya mengenai sama ada dia rimas apabila sering dikaitkan dengan lelaki, pelakon Jejak Karmila itu menganggap ia adalah lumrah apabila bergelar selebriti.

IKLAN

“Saya tidaklah rasa rimas melampau. Sebab saya tahu, sebagai selebriti setiap gerak geri akan diperhatikan. Kalau boleh saya pun mahu avoid juga tetapi misalnya apabila kami keluar beramai-ramai peminat yang jumpa akan ambil gambar dan tanda nama saya. Jadi situasi macam tu tidak boleh lari,” kongsi Ruhainies kepada MH.

“Saya Tak Tahu Sangat Fasal Bola, Malah Pada Awalnya Tak Cam Sangat Dia Siapa,” – Reaksi Jujur Ruhainies Pada Safawi

Sementara itu, ditanya mengenai sejauh mana pengetahuannya mengenai bola sepak pula, bintang berusia 26 tahun ini tidak menafikan dia kurang tahu mengenai sukan berkenaan.

IKLAN

“Saya tak tahu sangat fasal bola. Malah pada awalnya tak cam sangat dia (Safawi) siapa. Kami jumpa pun baru saya meski kenal sudah lama menerusi pembantu saya. Okay saja nak berkawan-kawan,” akhirinya.

Ruhainies ditemui media pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-26 tahun di Kache, Shah Alam pada Sabtu.

View this post on Instagram

Liveupdate : @ruhainies7 birthdays 26th. . [LIVE UPDATE BY @712studios] . . @kache_eventhall ♦event space @zaharzbubu @quzaimikhairuddin ♦Emcee Event @dhiya_event_catering ♦mee & meehoon sup @mista_amyrul ♦ketupat palas & kek lapis sarawak @apambalikfaizworld ♦apam balik @the_goodies_house ♦popcorn&gula kapas @redcard1stop ♦Paperbag&poskad @graphtechadv ♦bunting&banner @superbestpowermalaysia ♦kopi peket dan kopi kotak @cik_tonn ♦muruku meletops @cheenthafemescrunchy ♦nasi lemak&crunchy cookies @belonklepet ♦deco belon @satewarisanwaksom ♦satey @meeracun_titan ♦mee racun titan @dapurbonde ♦sandwich @pyorr_official ♦teh ais pyorr @mollychoc ♦cake pop @mondo_creation ♦crunchy coklat @wedding_studio_sdn_bhd ♦nasi beriyani @il_mio_nome_jeffry ♦pa system @madaboutcake_official ♦kek @faridzuanzanoordin_ | @hfilms.co | @khxairul ♦Videographer @katering.aiskrim.sedap.rm1 ♦bobo soft ice cream @kjdancers ♦dancer @glamboxphotobooth ♦photobooth @9complex.my ♦goodies @jajanborongsweetshop ♦goodies @gulalova ♦brownies @lavieenrose.patisserie ♦kek tower @jeruxliurlelehhouse ♦jeruk mangga asam boi @mug_moment ♦MUG @surprise2ukl ♦flower bouquet @712studios @bhstudio.co ♦photographer @sugarliciousbyina ♦brownies & sandwich @superbestpowermalaysia ♦coffee @xesshoes ♦kasut @vibeofcolours ♦lipmatte @jalis_bake ♦kuih muih @hfilms.co @faridzuanzanoordin_ ♦videographer @azrinamat ♦roti jala

A post shared by @ ruhainies7 on

IKLAN

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI