Penyanyi Siti Sarah menerusi Instagram ada memberikan pencerahan mengenai fizikalnya yang kelihatan sedikit berisi berbanding sebelum ini.
Katanya pada posting tutorial solekan buat tatapan ramai, dia tidak mengandung seperti yang disangka ramai, tetapi kerana berat badan naik dan kulitnya turut alami selaran matahari.
“Masa ni tembam gile sampai org ingat saya hamil. Im not pregnant I was just fat and kulit pun sun burn teruk.
”Tak sangka berat mencapai sampai 65 kg!! Dah la tembam pendek pulak tu. Tapi tetap gigih nak cantik.
Ads
”Pakai @ratasyacosmetics sebab kecantikan milik semua insan,” tulisnya lalu mendapat reaksi pelbagai dari peminat.
Pelakon cantik, Raja Ilya dilihat sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett. Malah, keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi khas di Singapura bersempena dengan satu program jualan di sana.
Berkongsi beberapa keping foto indah sekitar majlis, bintang tinggi lampai berusia 34 tahun itu turut menulis kapsyen romantik buat tatapan peminatnya.
“Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pulak. Nak kahwin setiap Tahun semua negeri laa. Location : Singapore Expo Hall 6 Booth L2,” tulisnya menerusi salah satu foto yang dikongsi.
Terdahulu, pasangan ini turut menganjurkan majlis resepsi yang turut dihadiri rakan media di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang 19 September tahun lalu.
Raja Ilya dan suami berkahwin di Perth, Australia dan ia dilangsungkan secara tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada 23 Disember 2018.
Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.
Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.
“Mengaji belakang langsir!
“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.
Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ada memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan mini dress dalam rona pastel.
Seiring dengan foto tersebut, entri berkenaan turut dihujani komen netizen yang perasan akan perubahan fizikal pelakon itu yang kelihatan sedikit berisi.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.