Bekas peserta Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal menimbulkan tanda tanya apabila dia memuat naik posting meminta maaf, hari ini.

Kelihatan dia sungguh-sungguh meminta maaf di atas kesalahannya yang satu itu di laman Instagramnya.

“Tujuan post ni adalah untuk saya memohon maaf kepada team produksi #adamchempaka sebab saya datang lambat.

 

“Saya tahu ada yang terasa hati dekat saya & post ni mungkin sedikit sebanyak dapat membuat yang terasa tu terbuka hati untuk maafkan saya.

 

“Saya tahu saya salah lepas ni saya tak akan buat lagi salah yang sama,” tulisnya.

IKLAN

MH memuji sikap Sharul yang segera meminta maaf setelah melakukan kesilapan. Sebagai selebriti, penjagaan masa sangatlah penting kan?

IKLAN

Lagipun, seringkali kita dengar isu dimana ada pelakon yang mempunyai masalah datang lambat ke set penggambaran seterusnya mendatangkan kesusahan kepada orang lain.

IKLAN

Apa-apapun, MH yakin bahawa Sharul sudah belajar dari kesilapannya dan tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

Foto/Instagram: Sharul Kamal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI