Aktor Syafiq Klye mendedahkan dia tidak mahu lagi memberikan komen atau mengulas panjang mengenai video kontroversi yang tular menerusi media sosial, beberapa minggu lalu.

Terangnya seperti yang dipetik Astro Gempak, pelakon drama fenomena, Nur ini turut meminta orang ramai agar mengambil keberkatan bulan ini dengan cara muhasabah, sekali gus cuba meraih peluang memberishkan dosa.

Sekali gus, Syafiq tidak akan memberikan sebarang komen lanjutan mengenai isu berkenaan.

IKLAN

“Saya sudah tidak mahu komen apa-apa lagi. Saya, Syafiq Kyle dah letak full stop!

 

“Kehidupan sekarang seperti biasa dan banyak yang saya pelajari daripada perkara yang berlaku pada bulan Ramadan ini,” katanya seperti yang dipetik.

Sudah pun memasang niat untuk membersihkan khilaf yang bersisa pada bulan Ramadan, Syafiq turut menjelaskan niat yang dilakukan itu biarlah dia sendiri yang tahu.

“Berjaya atau tidak, biar diri sendiri yang tahu,” katanya.

Terdahulu, Syafiq ditemui pada majlis Tayang Eksklusif drama komersial Pelangi Cinta di Pavilion, Kuala Lumpur.

IKLAN

Isu melibatnya video hangat diperkatakan itu mulai diperkatakan ramai apabila individu yang dimaksudkan mempunyai iras pelakon berkenaan yang sedang melakukan aksi panas. Sebelum menjadi tular, video berurasi sekitar tujuh minit itu turut dijual menerusi pasaran gelap.

IKLAN

“Saya, Syafiq Kyle Dah Letak Full Stop!” – Jangan Tanya Lagi Isu Video Kontroversi

Bagaimanapun, pelakon berusia 26 tahun itu telah mengadakan sidang media bagi menjelaskan apakah yang berlaku dan memberi kepercayaan buat pihak pengurusannya untuk sama-sama menyelesaikan kes berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI