Menerusi perkongsian video Mingguan Wanita Khamis lalu, penyanyi Datuk Hattan diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah rumah tangganya.
‘Berpisah Jua, Tetapi Bertaut Kembali’, menjadi topik yang dibicarakan bersama hos ketika itu, Erra Fazira dan Norman Hakim. Turut sama menjadi panel ialah isteri, Datin Arianie Abidin.
Mungkin antara satu dalam seribu, hubungan yang dibina sejak tahun 1996 dan berakhir pada 2005 (sembilan tahun) kembali menyatukan mereka semula pada 2013.
Hattan bagaimanapun mengakui bahawa dia sedikit tertekan pada awal penceraian.
“Tiga bulan pertama kami stress kerana perpisahan ini, tapi setiap kali balik rumah akan terbayang-bayang.
“Dalam masa sama saya sebenarnya cuba untuk move on, tapi tak boleh.
“Memanglah rasa seronok,bebas, tapi sebenarnya kosong.
“Enam bulan selepas itu,setiap kali tengok anak-anak atau hari raya, baru saya sedar ada sesuatu yang serba tak cukup dalam hidup ini,” kongsi Hattan.
Popular dengan lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan berasa yakin bahawa isterinya, Datin Arianie adalah jodoh yang terbaik buatnya.
“Saya rasa kesesuaian saya dengan dia (Arianie), saya cuba untuk pergi dengan cara kehidupan yang lain, tapi tak boleh.
“Kita sebagai kaum lelaki kena mengendalikan sesuatu perkara sebaik mungkin. Perempuan pula kena bertindak dengan cara rileks sedikit,” jelas Hattan.
Mahu mendapatkan respon dari si isteri, Arianie menjawab tenang.
“Pada awalnya memang sakit sebab kita dh biasa ada suami di sisi,hati masing-masing tengah marah masa itu,” katanya jujur.
Malah, Arianie dapat melihat ketulusan dan keikhlasan Hattan ketika itu.
“Saya terima dia kerana usaha dan kesungguhan dia dalam meneruskan hidup.
“Selama sembilan tahun itu, saya dah lupakan mengenai perkara yang menyakitkan dan fikir balik diri sendiri pun tak sempurna,” akhirinya.
Imbas kembali, pasangan ini berkahwin pada 17 Disember 1996 dan bercerai talak satu pada Mac 2005.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurnikan seorang anak lelaki, Adam Eiman yang kini berusia 21 tahun.
Malah, Hattan sebelum ini pernah berkahwin dengan Noorfara Ashikin Othman pada Oktober 2011dan kemudian berpisah dua bulan kemudiannya.
Video: Youtube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terbaru di Instagram, pelakon Zoey Rahman ada tawar diri menjadi ‘kekasih’ untuk disewa.
Maklumnya, ia terbuka untuk lelaki ataupun perempuan.
Malah menerusi ruangan kapsyen, Zoey turut menjelaskan dirinya mampu menjadi kekasih yang setia, penyayang dan sukakan pelukan. Namun, memerlukan perhatian setiap masa.
“7:07 saya nak buat servis boyfriend for rent.
“Pros:
• loyal
• love to talk with elderly (i bet your mother gonna love me or maybe ur father)
• open minded • loves hug.
“Cons:
• overly clingy
• might want your attention all the time
• im Capricorn
.
$100 sahaja. Lelaki perempuan tak kisah,” tulisnya.
Bukan satu perkara mudah bagi setiap insan bergelar ibu untuk berpisah dengan anak dan itulah yang dirasai pelakon, Mawar Rashid.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri berkata dia kini telah kembali berlakon setelah hampir 2 tahun berehat dari dunia lakonan.
Terdahulu, Mawar mengambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sejak kehamilan sehingga anaknya, Rafael yang kini berusia 6 bulan.
“Mawar took a break from berlakon dari mula Mawar pregnant sampai lah Rafael umur 6 bulan sekarang. 1 ½ tahun berehat.
“Now bila Mawar start berlakon balik, cabaran dia is terpaksa berpisahan dengan Rafael. Keluar pagi dia masih tidur, balik malam dia dah tidur. Jadi Mawar hanya FaceTime je dengan Rafael siang2.,” tulis Mawar.
Selain itu, pelakon berusia 24 tahun ini turut meluahkan rasa kagum terhadap kaum ibu yang sentiasa kuat dan tabah membesarkan anak-anak.
“Mawar yakin akan kehebatan seseorang ibu itu. Macam mana agaknya dugaan dan cabaran ibu2 di luar sana. Terutama nya ibu2 tunggal kan. Mesti sangat mencabar.
“Apa2 pun Mawar tahu kita ibu2 semua ni harus kuat dan tabah demi anak2. Mawar doakan yang baik2 saja buat semua ibu dan ibu tunggal di Malaysia ini.,” tulisnya.
Di samping, peminat turut bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh bintang kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini.
Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac yang lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...