Hiburan

“Saya Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya,” – Fizo Omar Timang Cahaya Mata Lelaki

Share

Setelah sekian lama menanti, hasrat pelakon Fizo Omar untuk menimang cahaya mata lelaki akhirnya menjadi kenyataan.

Memerusi perkongsian terkini di laman Instagram, Fizo memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri telah selamat melahir cahaya mata lelaki di sebuah hospital swasta pada petang Selasa.

“Bayi lelaki, alhamdulillah. Terima kasih diatas doa semua. Semalam pada jam 5.19 petang, 17 Jun 2025, isteri saya telah pun selamat bersalin secara normal di Andorra Hospital.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan proses kelahiran bayi lelaki seberat 3.52 kg,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon filem Romeo Kota ini turut memanjatkan rasa syukur apabila dia diberi peluang untuk menyambut kelahiran anak lelakinya itu ketika isterinya sedang melahirkan.

“Satu moment yang sangat berharga buat saya sebagai ayah apabila lagi sekali diberi peluang oleh Dr Kam untuk saya menyambut kelahiran dengan menarik sendiri baby keluar dari alam rahim ibunya.

“Masyallah satu perasaan yang amat sukar untuk saya gambarkan. Perasaan teruja, sedih, hiba dan bangga semuanya bercampur baur saat melihat zuriat kita sendiri dilahirkan.

“Syukur rezeki dari Allah. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Datangnya bersama rezeki setiap anak yang dilahirkan dan juga rezeki kebahagian yang melimpah ruah,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, Fizo turut memberikan penghargaan buat isterinya yang telah banyak berkorban buat keluarga.

“Kredit untuk wanita hebat iaitu isteri tercinta yang banyak berkorban menjaga anak-anak dalam keadaan sarat mengandung dan dalam masa yg sama menyambung pelajaran lagi di peringkat Masters di UKM.

“Semoga doa berterusan dari semua, memberi keberkatan di dalam rumah tangga kami, dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun.

Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Mariam yang kini berusia 8 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf