Nampaknya nama pelakon Johan As’ari di sebut-sebut sekali lagi semua gara-gara statment yang telah dikeluarkan olehnya di Twitter apabila meminta pihak berkuasa memeriksa rumah Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan isu yang hangat diperkatakan tentang penemuan beberapa beg jenama mewah dan wang tunai di sebuah kediaman milik seorang berjawatan tinggi.

‘Rumah Tun M Mesti Banyak Jugak Duit’ – Johan As’ari Minta Periksa Rumah Tun M

Bukan sahaja netien malah beberapa selebriti turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap Johan yang sengaja ‘memperlekehkan’ isu seperti ini.

Namun baru-baru ini melalui mStar Online, Johan yang dihubungi berkata dia tidak mengambil perkara tersebut dengan serious memandangkan Twitter tersebut adalah haknya untuk meluahkan apa sahaja yang dimahukanya.

IKLAN

‘Saya Rasa Bersalah Dengan Netizen, Saya Mohon Maaf!’ -Johan As’ari Tidak Sangka Tweetnya Akan Viral

Malah, tidak menyangka perkara ini menjadi viral dan menguris hati netizen.

Bagaimanapun Johan dengan rendah hati meminta maaf atas perbuatannya yang telah membuatkan ramai terguris hati.

IKLAN

“Saya tidak ambil pendekatan yang serius, malah akaun Twitter saya ada hak untuk meluahkan apa yang saya mahukan.

 

“Saya tidak terfikir perkara ini akan tular, secara tidak langsung saya rasa bersalah dengan netizen diluar sana dan dengan rendah hati saya pohon maaf kepada yang terguris,” katanya apabila dihubungi oleh pihak mStar.

Tindakan johan telah membuatkan ramai yang terlalu kecewa sehingga ada yang mahu unfollownya. Tidak kurang juga menganggap ia sebagai salah satu ‘sindrom artis tak laku’ yang cuba untuk mengambil kesempatan mengviralkan diri.

‘Saya Rasa Bersalah Dengan Netizen, Saya Mohon Maaf!’ -Johan As’ari Tidak Sangka Tweetnya Akan Viral ‘Saya Rasa Bersalah Dengan Netizen, Saya Mohon Maaf!’ -Johan As’ari Tidak Sangka Tweetnya Akan Viral

IKLAN

Apapun MH harap Johan mengambil isu ini sebagai satu pengajaran. Kalau bab-bab melibatkan negara seperti isu ini kalau boleh janganlah dibuat main kerana ia akan menganggu kententeraman awam dan bakal mencetuskan pergaduhan.

Jadi lebih baik sekirannya Johan tidak menyentuh isu-isu seperti ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI