Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa kagumi semangat yang ditunjukkan penyanyi, Elyana yang kini diuji dengan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.

Reaksi tersebut diberikan Neelofa menerusi Insta Story selepas menghadiahkan 10 helai tudung pelbagai warna Naelofar buat penyanyi Kalis Rindu itu, hari ini.

Neelofa pada masa sama turut berdoa semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Elyana.

“Saya Pula Nak Nangis Tengok Video…,” – Neelofa Hadiahkan 10 Helai Tudung, Kagum Semangat Kuat Elyana

“MasyaAllah, saya pulak nak nangis tengok video ni. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam Kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan utk awak,” tulis Neelofa.

IKLAN

Elyana menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik video berdurasi kurang 2 minit itu merakamkan helaian tudung yang dihadiahkan Neelofa kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

IKLAN

“Thank you atas hadiah yang sangat menggembirakan ini. Baru habis buat Radioterapi terus dapat hadiah. Alhamdulillah,” tulis Elyana pada ruangan kapsyen.

Sementara itu menerusi sesi ‘live’, Elyana menjelaskan pengurus kepada usahawan tersebut menghubunginya lalu menghantar bingkisan tersebut ke hospital.

IKLAN

“Banyak dia bagi. 10 helai, macam-macam warna ada. Semoga murah rezeki, ameen,” katanya.

Semalam, Elyana turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahterannya.

Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapi telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihadapi selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI