Aju Success yang diumumkan sebagai bintang yang tersingkir minggu ini di pentas Gegar Vaganza 7 (GV7) mengakui tidak menyangka kerana masih mampu bertahan sehingga minggi ke tujuh saingan.
Meraih markah paling rendah dalam kalangan lapan bintang lain yang bersaing, Aju sekaligus kadas untuk mara ke pusingan suku akhir, Ahad depan.
Bintang asal Kelantan ini bagaimanapun berterima kasih atas peluang selain percaya pada rezeki.
“Terima kasih kepada Astro, semua juri dan juga kepada peminat kerana mengundi saya sampai minggu ketujuh.
“Ke tahap yang saya sendiri pun tak sangka. Alhamdulillah syukur, saya percaya kepada rezeki. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang,” katanya selepas diminta memberikan sepatah dua kata oleh hos, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Terdahulu, Aju menyampaikan lagu Hanya Rindu yang dipopularkan oleh Andmesh Kamaleng memperoleh markah sebanyak 57.80%.
Dua lagi bintang yang berada pada kedudukan tiga terbawah ialah Ayu Damit (58.80%) dan Cliff Umar (58.20%).
Sementara Oja pula mencipta sukses sendiri dengan menduduki tempat teratas dengan markah sebanyak 73.70 peratus seterusnya merangkul Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi secara automatik.
Saingan suku akhir GV7 minggu hadapan bertemakan ‘GV Throwback’ yang mana kesemua peserta yang masih dalam saingan perlu membuat persembahan lagu-lagu alumni GV.
GV7 dihoskan Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI